Selasa, 9 November 2010

Ujian duniawi terus melanda..

    Salam Mujahadah,

  

     Jangan terkejut jika dikata tentang ujian duniawi lebih kepada konteks ujian gempa bumi, banjir, tanah runtuh dsb.. tetapi jika disisip lebih mendalam ujian duniawi melingkupi keseluruhan dalam kehidupan yang Allah takdirkan dalam setiap diri manusia ni sebelum seseorang manusia itu dilahirkan dimuka bumi ini... Jika dengan lebih spesifik untuk dikatakan ialah ujian atau peperiksaan yang semestinya sedang dihadapi oleh sejumlah besar pelajar tidak kira dalam bidang apa jua sekalipun sama ada yang sudah hampir tamat, sedang berjalan (stress!!) atau yang baru nak bermula (spt SPM).. tetapi janganlah terlalu dirisaukan sesuatu ujian atau peperiksaan ni dengan mengabaikan hak-hak kita sebagai 'abdullah seperti SOLAT, BACA AL-QURAN, MENJAGA STATUS DIRI KITA SEBAGAI SEBAIK2 KEJADIAN dan sebagainya yang tidak ingin tidak mesti dijaga, diperbaiki dan disiram dengan rapi dengan segenap kehidupan kita..


     "Nak baca yang mana nie??.. Betul ke yang ni keluar?? Betul ke yang ni masuk??.. Boleh ke dapat keputusan yang best macam mak bapak aku nak??.. ayat-ayat macam ni mungkin sering difikirkan dan berlegar-legar dalam otak kita ni tambah-tambah menjelang musim demam peperiksaan yang melanda.. Jika kita memikirkan secara logik pun sebenarnya kita sepatutnya sudah bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi untuk mendepani cabaran ujian duniawi ni dengan jayanya.. Ni haa.. nak bawak mai 1 contoh seperti pasukan bola sepak sudah tentu akan memulakan latihan, perlawanan persahabatan dan sebagainya bermula dari awal tahun lagi bagi membiasakan diri dengan perlawanan sebenar dan tidak gugup (gulp!) - (telan air liur sebab terkejut), persiapan dari segi kekuatan fizikal dengan larian dengan masa yang singkat, tekan tubi yang cukup dan sebagainya perlu bagi menyediakan diri dalam setiap perlawanan yang disertai... kalau dari segi mental pula tidak terlepas bagi seorang pemain bola ni untuk meninjau keadaan padang, tempat di mana perlawanan bakal berlangsung, dan sebagainya bagi membuat analisis awal tentang keadaan yang perlu diri kita sediakan dengan mental yang sesuai, dan yang last skali dari segi emosi pula, dah tentu ada juga keperluan untuk belajar stratregi untuk mengawal emosi masa berada di dalam padang, bukan sekadar mendengar nasihat jurulatih tetapi perlu juga disepadukan dengan suasana di sekeliling padang dengan melihat keperluan siapa lawan yang bakal ditentangi (sekiranya lawan tu main kasar je tau, maka kita pun kena main "fairplay" dalam usaha menyeimbangkan emosi masing-masing yang sure tak tentu arah), 1 lagi yang amat penting adalah permintaan daripada Pencipta diri kita ni supaya memberikan keputusan yang terbaik dalam perlawanan berkenaan (tanpa pergantungan kepadaNya siapa kita??.. siapa kita?.). itu serba sedikit tentang persediaan yang perlu bagi pemain bola sepak harus tau supaya keadaan sepanjang perlawanan 90 minit adalah dalam keadaan yang tenang, selesa dan baik.. (cadangan semata-mata dari kaca mata penulis)


     Nah, apa kata kalau dalam persediaan seorang pemain bola sepak cam cerita kat atas ni kita aplikasikan pulak dalam menempuh ujian atau peperiksaan yang kita bakal tempuh ni.. insyaAllah dengan mempersiapsiagakan diri kita dengan ketiga-tiga aspek ni dapat membawa kita kepada kejayaan yang lebih cemerlang bukan cuma berjaya di dunia sahaja tapi akhirat yang merupakan tempat yang kekal abadi.. Jadi untuk memberikan fungsi sebenar otak dalam diri kita maka saya menyeru diri dan kalian untuk meletakkan diri kita sebagai pemain bola sepak berkenaan dan menjadikan ketiga-tiga aspek yang disebutkan tadi sebagai salah satu daripada kayu pengukur dalam menempuh ujian dan peperiksaan yang dihadapi pada masa  kini.. Apakah kita sudah bersedia dalam ketiga-tiga aspek berkenaan??.. Tepuk dada, tanya Iman.. bukan tanya selera.. sebab selera sering dikatikan dengan nafsu yang menjadi musuh utama manusia...
      
     Oh ya.. dalam keadaan diri ni mempersiap sediakan diri dengan ujian duniawi ni, saya terperasan sebuah kata-kata yang insyaAllah mampu memberikan kekuatan yang meliputi ketiga-tiga aspek yang saya nyatakan sebelum ni setelah disulami dengan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul dalam kehidupan kita ini.. Dengan kata lain, lebih kurang seerti dengannya ialah petua bagi mendapat keberkatan dalam menduduki peperiksaan atau ujian. Walaupun ujian berkenaan adalah duniawi tetapi sekiranya kita meletakkan sasaran kita adalah mencapai mardhatillah maka Allah akan membantu kita dalam merealisasikan impian kita bergelar Full time muslim atau dalam bahasa yang mudahnya ISLAM dalam segenap aspek kehidupan kita...


Petua Pertama----------


Memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru sebelum menduduki peperiksaan atau ujian.Melihatkan betapa pentingnya tiga individu ini dalam kehidupan seseorang pelajar maka meminta maaf dan meminta restu mereka ini sangat penting dalam usaha agar segala usaha dan perhatian mereka ini dalam memastikan pelajaran yang diperoleh oleh seseorang pelajar ini adalah berkat lagi mendapat rahmat. So, jangan lupa minta maaf pada mereka-mereka ini.. kerana tanpa kemaafan dan keredhaan mereka maka jauhlah kita daripada bantuan dan rahmat Allah dalam menduduki ujian atau peperiksaan.. "Cikgu, saya mintak maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki" atau "cikgu, saya minta maaf tulus ikhlas dari hati ini".. tidak perlulah terlalu bersusah payah mencari hadiah (bagi yang kurang mampu), bagi menunjukkan tanda kita ikhlas tetapi cukuplah sekadar permintaan MAAF itu terpacul dari mulut kita yang ego ini kepada mereka-mereka yang berjasa ni..


Petua Kedua---------


Mengambil air sembahyang atau dalam istilah yang biasa digunakan (dalam bahasa arab) wudhu ketika hendak memasuki atau menduduki peperiksaan atau ujian.. Dengan mengambil wudhu', insyaAllah hati, jiwa dan raga kita akan merasa lebih tenang, senang dan dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan lebih-lebih lagi dengan niat kita belajar dan menduduki ujian kerana Allah..


Petua Ketiga----------


Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan. Untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah maka dengan memulakan langkah dengan kaki kanan akan meningkatkan keyakinan kita serta membenarkan dalam hati kita bahawa Allah menyukai sesuatu perbuatan yang baik itu dengan dimulakan dengan kaki kanan...


Petua Keempat--------------


Memulakan menjawab soalan ujian atau peperiksaan dengan membaca Bismillah..
Dengan memulakan menjawab ujian dengan bismillah maka insyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita lebih-lebih lagi untuk memberikan kekuatan kepada kita untuk mengingati kesemua pelajaran yang diperoleh di mana sahaja kita menuntut ilmu yang merupakan secebis atau lebih tepat sebesar atom daripada ilmu Allah yang maha luas... dan sebelum tamat jangan lupa untuk menyebut Alhamdulillah.. semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik untuk diri kita dan meningkatkan syiar Islam diatas kejayaan kita.. amin..


Petua Kelima-------------------


Membaca Surah Al-Syarh @ Al-Insyirah (الإنشراح) iaitu ayat lazim yang dimulakan dengan Alamnasyrah lakasodrak... sebanyak sepuluh kali sebelum menjawab soalan ujian atau peperiksaan.. Dengan membaca surah ini, insyaAllah Allah akan memberi ketenangan dan keselesaan dalam diri kita sepanjang menduduki peperiksaan serta mempermudahkan kita mendapat ilham tentang jawapan yang terbaik..


Petua Keenam-------------------


Memperbanyakkan doa memohon kepada Allah. Dalam usaha mendapatkan keputusan yang cemerlang, doa merupakan satu daripada perkara terpenting selain berusaha untuk memahami segala pelajaran yang akan diuji di dalam peperiksaan atau ujian. Dengan berdoa, kita dapat menurunkan sikap keakuan atau ego yang ada dalam diri ini dengan mengatakan contohnya "Kalau aku tak belajar, mana boleh berjaya" atau "Dengan belajarlah aku berjaya"...bla3... nauzu billah hi minzalik.. semoga kita tidak tergolong dalam manusia yang dilaknat Allah kerana sombong akan sesuatu yang bukan miliknya itu.. Terdapat juga dalil dalam Al-Quran yang bermaksud " Berdoalah nescaya aku akan makbulkan".. Sekiranya kita mendapat keputusan yang kurang baik bukanlah bermaksud doa kita tidak dikabulkan atau dimakbulkan tetapi cubalah kita semak dalam diri kita mana tau terdapat mana-mana kesalahan atau perbuatan kita yang menyebabkan doa yang kita pinta dihijabkan oleh Allah atau sebagai tanda bahawa Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik lagi pada masa akan datang.. InsyaAllah..


" Selamat Menduduki Peperiksaan atau Ujian Akhir pada semua yang sedang menghadapinya"
Semoga dengan sedikit ujian ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepadaNya

Ujian duniawi terus melanda.. tetapi jika ujian itu diniatkan kerana Allah maka hasil daripada ujian itu akan dibawa ke akhirat kelak..
Kata-kata pujangga----- 

  • Ilmu adalah panduan, harta adalah alat. Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan. (Hukama')
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.. (HAMKA)

Nafsu  : Baca je untuk exam sudah...
ILMU : Aku ni kalau tak amal hilanglah nanti...
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali :  ILMU ITU TIDAK BERMANFAAT KECUALI BILA SUDAH DIAMALKAN

Tiada ulasan: