Rabu, 26 Mei 2010

Di mana tanggungjawab GURU?




Sebagaimana yang kita maklum bahawa pada 16 Mei setiap tahun, kaum guru seluruh negara menyambut perayaan hari guru sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap khidmat dan jasa bakti mereka.

Perayaan hari guru ini disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru.

Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah taala di dalam Al-Quran :

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت

Maksudnya: “Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sesungguhnya peranan pendidik bukanlah terhad kepada kaum guru sahaja tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka adalah pendidik. Ini bermakna kita semua adalah pendidik.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.


2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.


3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)
Pada hari ini ada orang menganggap tugas mendidik tiada kaitan dengan peranan dan tanggungjawab kita. Jika tanggapan ini berterusan, kita bimbang penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini semakin parah.

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته

Maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibubapa dan mereka yang bertanggungjawab di kampung atau di bandar khususnya Wakil Rakyat, Pemerintah dan Kerajaan sama-sama mengembeleng tenaga dengan memberi perhatian utama terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja. Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam, sejarah para Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع

Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم

Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik. Firman Allah taala:

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan.

Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan. Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.




Copy paste from Abu Mus'ab..
Thanks to Abu Mus'ab..




"Ya Allah,perbetulkan niatku,rakan seperjuanganku, serta muslimin muslimat bergelar guru iaitu menegakkan agamaMu yang suci inii"

Ahad, 23 Mei 2010

Lumrah Manusia: Ujian...




Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga dengan menghadapi peperiksaan ini menjadi asbab kepada kita untuk menilai kelemahan diri dan memperkemaskan diri dengan setitis ilmu Allah yang dianugerahkan olehNya ini..


Disini teman nak berkongsi serba sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan. Perkongsian ini mungkin lebih menjurus kepada pelajar IPG dan amnya kepada semua sahabat sekalian. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama dan keredhaan Allah..



  • Menyediakan segala kelengkapan berkaitan peperiksaan. Kalau citer pasal kelengkapan ni memang kadang2 tu terlupa beberapa benda yang penting untuk sediakannya... Contoh yang penting KAD MATRIK, SLIP EXAM, DAN KAD MATRIK.. Memanglah alatan lain seperti pen, pensel,pemadam,pembaris pon penting gak..tapi kalau tak ada perkara penting di atas tadi tu, agak susah nak cakap sebab pengawas peperiksaan sure akan check punyalah.. Jadi ingat!!..

  • Pastikan tarikh, masa dan tempat exam diadakan.. Hal ni pon jadi masalah sebab kadang2 tu tempat exam akan ada perubahan pada saat-saat akhir. Jadi mesti ambil tahu tentang hal ni.. kalau tak,malu tak tau nak letak muka kat mana..lebih-lebih lagi kalau soalan dah diedarkan tau-tau memang bukan paper yang kita sendiri ambil.. Ish3.. Ingat! PEKA...

  • Dapatkan rehat yang cukup sebelum sesuatu exam bermula.. Contohnya exam start pukul 8.30 pagi.. Jadi jangan pulak tidur lewat pada malam sebelumnya.. Alamatnya beratlah mata nak buka esok paginya... Dah la pakaian nak dipakai belum digosok,bangun pula lewat.. Yang penting REHAT..cukup..

  • Datang awal ke tempat exam dijalankan.. Sebaik-baiknya 10 - 15 minit lebih awal daripada masa exam bermula.. Rasional?? Untuk mengelakkan berlaku silap tempat exam, 2.. nak cari "feel" dengan tempat exam..(kadang2 seseorang tu susah nak mula jawab kertas soalan,mungkin sebab tak biasa dengan suasana tempat exam berkenaan)..

  • Mulakan menjawab peperiksaan dengan kalimah yang baik "Bismillah" dan apabila habis tamatkan dengan "Alhamdulillah".. Sekurang2nya kalau banyak yang "kantoi: pun mesti ada rasa syukur kerana berjaya menduduki exam.. 

  • Jauhkan, jarakkan dan larang diri untuk bawa sebarang nota,kertas kosong, buku, @ "toyol" dalam dewan exam kerana kalau kita dapat meniru sekalipun.. Ketahuilah bahawa kita sedang MENIPU DIRI SENDIRI dan lebih parah lagi kalau orang lain tak tahu pun.. PENCIPTA kita mesti tahu.. Ingat!! JANGAN...

  • Last sekali, marilah sama-sama kita memohon dan memanjat doa kepada Allah supaya kita diberi kekuatan untuk menempuh peperiksaan tak kira dimana sahaja kita berada.. dan INGAT bahawa sesuatu ilmu yang kita peroleh atau baca seharusnya diaplikasikan @ diamalikan dalam kehidupan kita supaya mendapat keberkatan daripada Allah Azza Wajalla..bukan BACA untuk EXAM..    MENCARI ILMU UNTUK KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT..


      Setakat ni sahaja perkongsian yang dapat dikongsikan oleh sekalian pembaca dan sentiasalah sedar bahawa manusia ini datang daripada Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan.. Maka jika seluruh kehidupan kita ini diaplikasikan semata-mata keranaNya insyaAllah mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya..

      Perkongsian diatas adalah berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tiada niat untuk ditujukan kepada mana-mana individu secara khusus.. Hanya sebagai renungan bersama..

      "Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada hambaMu yang berusaha untuk menegakkan syiarMu dimana sahaja dia berada"