Selasa, 22 April 2008

Sudah sampai masanya...


Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan. Langkah ini selaras dengan pernyataan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.

Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR menekankan kemahiran membaca al-Quran, Asas 'Ulum Syar'iah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain kepada setiap individu. Dalam KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang Tilawah al-Quran, 'Ulum Syari'ah dan Akhlak Islamiyah.

Pendidikan Islam KBSM memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalam kehidupan seharian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia.

Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan.

Penghayatan fardu 'ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah hendaklah diperkukuh dan dipertingkatkan lagi pada peringkat sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan benteng yang padu bagi menangani arus globalisasi dalam kehidupan seharian.

Bagi memastikan lagi keberkesanan program Pendidikan Islam sekolah menengah ini, orientasi pengajaran dan pembelajarannya hendaklah sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek amalan dalam kehidupan harian. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah ditentaskan supaya wujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperolehi di sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan tercapai.

(Jabatan Pendidikan Islam dan Moral)

Kementerian Pelajaran Malaysia

Maka setelah apa yang diungkapkan di atas pada pendapat saya sudah sampai masanya kerajaan Malaysia mengkaji tentang kemasukan mata pelajaran Pendidikan Islam ke dalam Peperiksaan UPSR. Pada pendapat saya mata pelajaran ini harus diterapkan sebagai salah satu mata pelajaran peperiksaan UPSR. Memang tidak dinafikan bahawa di SK memang terdapat satu ujian amali pendidikan Islam yang meliputi 4 perkara iaitu Ujian Hafazan, Tilawah Al-Quran, Pelajaran Jawi dan Perkara Asas Fardhu ‘Ain (PAFA). Tetapi pada hakikatnya ibu bapa kurang memandang berat mengenai ujian berkenaan kerana merasakan ianya tidak begitu penting.. Mengapa??

Kerana ia tidak diambil kira sebagai salah satu keputusan kemasukan ke sekolah-sekolah yang lebih baik daripada sekolah menengah harian. Terdapat banyak kebaikan yang dapat kita perolehi sekiranya mata pelajaran ini diselarikan di dalam pembelajaran harian antaranya ialah:

1) Ibu bapa akan mula mengambil berat mengenai tahap pembelajaran dan penguasaan agama Islam mereka di sekolah dan di rumah.

2) Kewujudan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam UPSR juga selari dengan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan yang mana merupakan anutan utama di negara kita.

3) Membina sahsiah terpuji pelajar melalui skop akhlak dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang mana dapat menerapkan nilai-nilai murni dari bangku sekolah rendah lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” .

4) Memudahkan organisasi sesebuah sekolah terutamanya sekolah agama untuk memilih pelajar yang betul-betul cemerlang dari segi akademik, agama dan sahsiah.

Walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama rakyat (SAR) pada sesi petang tetapi jika dilihat dari persepsi saya bilangan mereka yang menghantar anak mereka ke sekolah agama rakyat (SAR) adalah sangat sedikit bilangannya. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang menyayangi generasi akan datang, saya menyokong 100% mengenai kemasukan mata pelajaran Pendidikan Islam ke dalam peperiksaan UPSR dengan harapan agar pembentukan insan Rabbani melalui akar umbi dapat dijalankan dengan lancarnya. Semoga segala usaha kerajaan untuk menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran UPSR mendapat rahmat dan keredhaan daripada pencipta alam ini, Allah…

Isnin, 21 April 2008

Kata-kata Khulafa' Arrasyidin...

SAHABAT UMAR BIN AL - KHATTAB R.A. BERKATA:
Allah merahsiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan
6 perkara iaitu:

1) Allah merahsiakan keredhaannya kepada hambanya yang
taat agar hambanya itu tetap terus berbakti / taat.
2) Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan
Ramadhan agarhambanya selalu berusaha untuk mencapainya
dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat / mengenal /
merasa bosan.
3) Allah merahsiakan wali - walinya / hamba hambanya
yang soleh kepada orang kebanyakan agar mereka tidak dipuja -
puja / disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya
kerana wali - wali Allah itu tergolong orang yang
mempunyai kelebihan ilmu.
4) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia
selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang
soleh
5) Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto /
sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain
agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya
(Salatul Wusto)

SAHABAT OSMAN R.A. BERKATA:
Rasa takut bagi hamba Allah seharusnya dikawatirkan
dalam 6 perkara yaitu :
1) Rasa takut ketika ditimpa musibah kerana dikuatirkan
imannya menjadi luntur.
2) Rasa takut di kala ingin berbuat sesuatu yang
dilarang Allah (maksiat) kerana ada malaikat yang selalu
mencatat perbuatannya.
3) Rasa takut terpedaya dengan perbuatan syaitan kerana
syaitan itu boleh menjerumuskannya ke jurang neraka / api
neraka.
4) Rasa takut ketika dicabut nyawanya oleh malaikat
Izrail, kerana ia belum sempat bertaubat kepada Allah
swt.
5) Rasa takut akan tertipu oleh kemewahan dan kenikmatan
di dunia.
6) Rasa takut terganggu / terhalang oleh keluarganya
kerana dia dapat melupakan pengabdiannya kepada Allah.

SAHABAT ALI BIN ABI TALIB BERKATA :
Barang siapa yang mau mengamalkan 6 perkara, dia akan
dijamin masuk syurga dan diselamatkan dari api neraka.
1) Mengenal Allah sebagai Tuhannya Yang Maha Kuasa dan
dia hanya menyembah / beribadat kepadaNya.
2) Mengenal syaitan sebagai musuhnya yang menyesatkan
manusia dan dia mahu menghindarinya.
3) Mengenal Alam Akhirat sebagai tempat kembalinya yang
kekal abadi dan dia mahu berusaha mencari bekalan yang cukup
untuk pergi ke sana / Alam Akhirat.
4) Mengenal Alam Dunia sebagai tempat sementara dan dia
tidak terpengaruh oleh kemanisannya / kecantikkannya.
5) Mengenal sesuatu yang hak / benar dan dia selalu
berusaha memasukinya.
6) Mengenal sesuatu yang batil / salah dan dia selalu
berusaha menjauhinya / meninggalkannya.

SAHABAT UMAR BIN AL - KHATTAB R.A. BERKATA:
Ada 6 nikmat yang besar yang telah diberikan oleh Allah
swt kepada hambanya iaitu :
1) Nikmat ISLAM
2) Nikmat Al - Quran
3) Nikmat Nabi Muhammad saw
4) Nikmat kesehatan
5) Nikmat tertutup cela / aib
6) Nikmat kekayaan jiwa zahir / batin


waALLAHu'alam


Khamis, 17 April 2008

Sekolah Kluster bagus ke??

SENARAI SEKOLAH KLUSTER (KUMPULAN PERTAMA)
hisham menulis "-Sekolah Sultan Alam Shah (B), Putrajaya (SBP)
-Kolej Islam Sultan Alam Shah (B), Selangor (SBP)
-Kolej Tunku Krushiah (B), Negeri Sembilan (SBP)
-Kolej Melayu Kuala Kangsar (B), Perak (SBP)
-SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B), Kelantan (SBP)
-SMK Penang Free (B), Pulau Pinang (SMH)
-SMK (P) Sri Aman (B), Selangor (SMH)
-SMK Aminuddin Baki (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK Sultanah Asma (B), Kedah (SMH)
-SMK Sultan Sulaiman (B), Terengganu (SMH)
-SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang (SMH)
-SMK Derma (B), Perlis (SMH)
-SMK Gunung Rapat (B), Perak (SMH)
-SMK Victoria (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK St. John (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK Convent Bukit Nanas (Mission, B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMT Tawau Sabah (B), Sabah (SMT)
-SMT Tuanku Jaffar (B), Negeri Sembilan (SMT)
-SMKA Sheikh Abdul Malek (B), Terengganu (SMKA)
-SMKA Sharifah Rodziah Melaka (LB), Melaka (SMKA)
-SMKA Al-Manshoor (L) (B), Pulau Pinang (SMKA)
-SK Zainab 2 (B), Kelantan (SK)
-SK Sri Gaya (B), Sabah (SK)
-SK Infant Jesus Convent (Mission, B), Johor (SK)
-SK Sultan Idris 2 (LB), Perak (SK)
-SK Pengkalan Tereh (LB), Johor (SKOA)
-SK Ulu Lubai (LB), Sarawak (SK PDLM)
-SJKC Keat Hwah (B), Kedah (SJKC)
-SJKT Simpang Lima Klang (B), Selangor (SJKT)
-SKPK Alma (LB), Pulau Pinang (SKPK)

Nota:-

SBP : Sekolah Berasrama Penuh
SMH : Sekolah Menengah Harian
SMT : Sekolah Menengah Teknik
SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SK : Sekolah Kebangsaan
SKOA : Sekolah Menengah Orang Asli
SK PDLM : Sekolah Kebangsaan Pedalaman
SJKC : Sekolah Kebangsaan Cina
SJKT : Sekolah Kebangsaan Tamil
SKPK : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah dengan izin Allah ana masih dapat hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.. Jadi apabila dibincang mengenai sekolah kluster... adakah sekolah kluster mampu memartabatkan pendidikan negara pada masa akan datang?? Pada pendapat peribadi, sekolah kluster ini sebenarnya mempunyai kesan yang tidak begitu baik..kenapa? sebab kemungkinan besar kerajaan akan memberi bantuan yang lebih kepada sekolah kluster melebihi daripada sekolah-sekolah yang belum mencapai tahap sekolah kluster.. tetapi mungkin kerajaan telah meneliti dan mengkaji seterusnya cuba untuk mempraktikkan projek ini setelah melihatnya sebagai landasan yang baik untuk meningkatkan tahap pembangunan pendidikan ke tahap yang lebih maju.. Tetapi? sejauh manakah keberkesanannya?? Lihat dan tengok 20 tahun akan datang..
"

Pembestarian Sekolah?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).


PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.

Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices.

We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives

Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996
The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation.

Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.

Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005


Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan wa marhabanbikum..

Syukur kehadrat Allah subhanahu wata'ala dengan izin dan rahmatnya dapatlah mewujudkan salah satu wacana untuk kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk mewujudkan sekolah yang bestari dan bermutu di peringkat negara dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Masya Allah pada hari ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes yang melibatkan sekolah khususnya pelajarnya sendiri mahupun gurunya. Maka dengan wujudnya blog ini InsyaAllah dapatlah diusahakan untuk menyampaikan buah fikiran yang seterusnya dapat merencana fikiran para pelajar sekolah khususnya bakal guru serta guru berpengalaman luas agar melahirkan insan Rabbani yang mampu menerajui negara berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.. InsyaAllah..