Khamis, 29 November 2012

Bintang Bola Sepak menjual kasut emas untuk Gaza?


Christiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal Real Madrid Foundation bagi membantu anak-anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.5 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.Pada tahun yang sama juga, kisah mengenai beliau dengan menjual sebahagian besar kasut sukan yang pernah dipakai sepanjang menjadi pemain kepada Badan Amal Real Madrid Foundation menunjukkan keprihatinan beliau terhadap anak-anak Palestin yang sedang di dalam pergolakan.




Sokongan Christiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam..



Mu'allim - Jangan lupa menerapkan amalan bersedekah kepada anak-anak mahupun anak didik di sekolah semenjak mereka masih kecil..kerana siapa pun mereka pada masa akan datang maka sedekah menjadi amalan sepanjang hayat ..


Ilmu - Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa berbuah
Jahil - Semakin banyak derma makin miskinlah nanti..


Hayati sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

Kredit kepada Ceritera Minda dan Jiwa, sini dan sini.

Tiada ulasan: