Khamis, 29 November 2012

Bintang Bola Sepak menjual kasut emas untuk Gaza?


Christiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal Real Madrid Foundation bagi membantu anak-anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.5 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.Pada tahun yang sama juga, kisah mengenai beliau dengan menjual sebahagian besar kasut sukan yang pernah dipakai sepanjang menjadi pemain kepada Badan Amal Real Madrid Foundation menunjukkan keprihatinan beliau terhadap anak-anak Palestin yang sedang di dalam pergolakan.




Sokongan Christiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam..



Mu'allim - Jangan lupa menerapkan amalan bersedekah kepada anak-anak mahupun anak didik di sekolah semenjak mereka masih kecil..kerana siapa pun mereka pada masa akan datang maka sedekah menjadi amalan sepanjang hayat ..


Ilmu - Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa berbuah
Jahil - Semakin banyak derma makin miskinlah nanti..


Hayati sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

Kredit kepada Ceritera Minda dan Jiwa, sini dan sini.

Selasa, 27 November 2012

Ghaza berdarah lagi..

Assalamualaikum dan Salam Cinta buat semua..

Kebelakangan ini kisah Gaza timbul semula ekoran serangan dan kebiadapan si regim Zionis Laknatullah menyerang mereka tanpa belas kasihan selama beberapa hari, bagi alfaqir perkara ini sememangnya sudah sedia maklum akan terlalu mudahnya umat Islam khususnya di tanah Palestin di Gaza ini diratah secukupnya oleh mereka tanpa bantuan daripada mana-mana umat Islam di dunia ini.. Menurut sumber yang alfaqir terima tujuan utama kepada serangan yang dilakukan oleh regim Zionis ini tidak lain tidak bukan untuk membantu perdana menteri I5rael kini iaitu Benjamin Netanyahu mengekalkan kuasa (politik) beliau dengan serangan yang dilakukan menunjukkan kepada rakyat I5rael bahawa usaha memerangi dan menghapuskan umat Islam di Gaza akan diteruskan sehingga mereka berjaya menakluk wilayah berkenaan.

Tetapi alhamdulillah dengan penurunan  regim Mubarak di Mesir beberapa bulan yang lalu memungkinkan pihak kerajaan Mesir pimpinan Presiden, Dr Muhammad Morsi untuk membuka pintu sempadan Gaza bagi menyalurkan segala macam bantuan termasuk ubat-ubatan.. Dan selang beberapa hari selepas serangan, gencatan senjata dimeterai antara pihak Zionis dan Hamas..sebagaimana yang sepatutnya kita tahu bahawa kelicikan si regim Zionis ni memang tidak dapat dinafikan dalam hal menipu dengan berlakunya beberapa lagi penduduk Gaza yang terkorban hasil daripada bom-bom yang ditinggalkan sebelum itu dan penangkapan beberapa penduduk Gaza memperlihatkan betapa perlunya berhati-hati dalam membuat perjanjian dengan si Zionis Laknatullah ini..

Maka, dengan ini alfaqir mengesyorkan beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam usaha kita sekurang-kurangnya membantu meringankan beban dan tanggungan yang dihadapi oleh penduduk Gaza kini.. 


1) Memboikot segala macam perkara dan barang yang dikeluarkan atau pihak yang giat menyumbang kepada ekonomi Zionis berkenaan seperti barangan keperluan seharian dan lain-lain lagi.. 
McD? tepuk dada, tanya iman!

2) Menyalurkan wang walaupun sedikit kepada mana-mana pihak yang menjalankan misi bantuan kepada penduduk Gaza seperti kepada Aman Palestin, Muslim Care dan banyak lagi..

3) Memerah keringat dan tenaga dengan bersama-sama bermusafir ke Gaza bagi membantu dari segala aspek yang mampu terutama sekali perubatan, pendidikan dan motivasi untuk umat Islam disana terus cekal menghadapi ujian Allah..


4) Sentiasa bermunajat kepada Allah dengan melazimkan diri membaca dan mengamati doa qunut nazilah setiap kali selepas solat agar Allah beri kekuatan kepada umat Islam di sana untuk menghadapi ujian Allah serta memberi kekuatan dan istiqamah kepada diri bagi membantu segala macam bantuan yang termampu sekalipun hanya menderma 10sen setiap minggu, share post2 di blog @ facebook @ twitter atau seumpamanya yang menyedarkan manusia lain tentang kehidupan di bumi Gaza..

Jadikanlah segala ujian kepada penduduk Gaza sebagai ujian kepada kita di negara yang aman dan damai ni untuk terus berusaha menerapkan amar makruf dan nahi munkar.. Tingkatkan prestasi solat,puasa, zakat,haji semampu mungkin.. Moga segalanya menjadi hitungan Allah di akhirat kelak..InsyaAllah..


4 macam manusia musim skrg-boikot zionis,makan mcD# boikot zionis x makan mcD# x boikot zionis,makan mcD# x boikot zionis,x makan mcD -kita?

Selasa, 19 Jun 2012

Dari Pencuri menjadi Wali

Kisah Fudhail Bin Iyadh

Lokasi kegemarannya ialah antara Abyurd dan Sarkhas. Dia melaksanakan tugasannya merompak harta orang ramai yang melintasi jalan itu. Di sebalik kerjayanya sebagai perompak, si lelaki menyintai seorang gadis.

Pada suatu hari, si perompak ini memanjat dinding rumah si gadis untuk menemuinya. Tiba-tiba dia terdengar suara membaca ayat al-Quran yang berbunyi,




“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.”

Al-Hadid : 16

Tatkala mendengarnya beliau berkata, “Benar ya Rabb, inilah saatnya.” Lalu dia kembali dan mencari tempat untuk menginap di celah runtuhan bangunan. Semasa berada di sana, dia mendapati serombongan orang melewati jalan itu. Sebahagian dari mereka berkata, “Mari terus berjalan.” Sebahagian yang lain pula berkata, “Tunggulah hingga pagi kerana Fudhail berada di sekitar sini dan dia akan merompak kita.”

Si perompak itu berkata, “Maka aku pun berfikir dan berkata, ‘Aku menghabiskan malam dengan berbuat maksiat sehingga ada sekelompok kaum muslimin di sini takut kepadaku. Aku berfikir bahawa tidaklah Allah membawaku ke sini kecuali untuk mengambil pelajaran (agar menghentikan perbuatan tersebut). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu. Dan menjadikan taubatku dengan berdiam (tinggal) di Baitul Haram (Makkah).”

Si Perompak yang bertaubat itu akhirnya menjadi ulama salafus soleh terkemuka di zamannya. Dialah Imam Fudhail bin ‘Iyadh

Ilmu: Hidayah Allah tanpa mengenal siapa hambaNya sebelum ini

Sumber : Halaqah.net

Berteka-teki bersama Imam Ghazali..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "


Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang " 

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".



Imam Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan 
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "









Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.."



P/S : Ambillah pengajaran daripada setiap yang disampaikan oleh Imam Ghazali kepada kita suatu masa yang lalu.. Semoga bermanfaat!


Kata beliau lagi : "Pelajari ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah s.w.t dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti"



Nafsu : Masuk telinga kanan jangan lupa keluar telinga kiri..!!
Akal : Amalan baik jangan lupa dikongsikan :)


31 hari menjelang Ramadhan!

Perbanyakkan Doa ini supaya Allah memberkati bulan Rejab, dan Sya'ban serta memberikan peluang kepada kita sampai ke bulan Ramadhan..


Kredit kepada KhairulNizamKerul utk video ni.