Rabu, 28 Julai 2010

Hukum Puasa Selepas Nisfu Sya'ban

Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum
 HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-

1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.

3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan. Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "
Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-

(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-



Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: 
"Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu:"Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).
Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-


(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.
Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-

Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab. 
Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.
Wallahua'lam

Khamis, 22 Julai 2010

Beruntungnya jadi Umat Nabi Muhammad SAW..


Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
jubah Rasulullah SAW
Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.
jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.
jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W
jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah
jubah Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW
jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
jubah Rasulullah SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW
Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …
Kongsikan bersama teman-teman..
Kredit kepada sumber
Jauhilah kita daripada menjadi seperti golongan di dalam hadis ini:
Dari Uwaimi bin Sa`adah radiyallahu`anhu, bahwa Rasulullahi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:"Sesungguhnya Allah telah memilih ku dan memilih untuk ku beberapa sahabah serta Ia jadikan diantara mereka menteri-menteri ku, mertua-mertua ku dan menantu-menantu ku, juga penolong-penolong ku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah di atasnya laknat Allah dan malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadah dan juga sebarang tebusan."(Tabrani)
"Ya Allah,tetapkanlah diriku,keluargaku,kaum kerabatku, sahabatku,serta muslimin dan muslimat di muka bumi ini dengan sunnah kekasihMu,jauhilah diri kami daripada menjauhi daripada sunnah kekasihMu yang mulia ini serta menjadikan kami dikalangan orang-orang yang rugi bahkan jadikanlah kami umat yang bersama-sama dengan kekasihMu untuk memasuki syurgaMu kekal abadi "

Sabtu, 17 Julai 2010

Awas !! Animasi propaganda Mavi Marmara diterbitkan..

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Israel terpaksa mengeluarkan sebuah video animasi Mavi Marmara bagi menyebarkan propaganda mereka tentang kejadian serangan menurut kaca mata dan kehendak mereka.
Laman web http://www.lifeline4gaza.org melaporkan, ini kerana rakaman video asli tidak seiring dengan pembohongan mereka.
Video animasi yang dikeluarkan oleh Israeli Defense Forces (IDF) itu telah disebarkan melalui YouTube oleh @gangreentv.
IDF menggunakan grafik komputer berteknologi tinggi bagi menunjukkan keadaan di atas kapal Mavi Marmara ketika pasukan komando melakukan serangan ke atas aktivis kemanusiaan di atas kapal tersebut.
“Usaha sedang dijalankan untuk menterjemah sepenuhnya paparan video berbahasa Hebrew ini,” laporan laman web itu dipetik.
Anda boleh lihat Video Propaganda Mavi Marmara di blip.tv.
Kredit kepada Sumber
Hayatilah Kisah yang bakal terjadi pada umat akhir zaman.. semoga menjadi pengajaran kepada kita, hamba Allah yang kini kebanyakannya mempunyai sifat wahn (cintakan dunia, takutkan mati)..
 Pada akhir zaman Nabi Isa AS (Almasih ibnu Maryam) akan turun ke dunia yaitu di masjid kubah Putih daerah timur Damaskus pada waktu subuh. Saat itu yang akan memimpin sholat subuh adalah Imam Mahdi, tetapi sebelumnya imam Mahdi menyalami dan mempersilahkan Nabi Isa AS untuk menjadi Imam, namun Nabi Isa mempersilahkan Imam Mahdi untuk memjadi imam. Lalu setelah melakukan sholat subuh mereka ( Nabi Isa AS, Imam Mahdi, dan umat waktu itu ) pergi untuk berperang dengan Dajjal.Saat itu Dajjal dibantu oleh 70 orang yahudi, Maka terjadilah peperangan itu. Saat Nabi Isa AS berhadapan langsung dengan Dajjal, maka Dajjal  meleleh (ada yang menyatakan juga menghilang), namun saat itu juga Nabi Isa AS membunuh Dajjal.Kejadian perang waktu tu mirip dengan yang dilakukan oleh Yahudi (Israel) sekarang di Palestina yaitu perangnya dengan membuat tembok besar,.Dan saat perang itu semua yahudi tunggang langgang lari kesana kemari. Namun waktu itu semua tanaman (pohon-pohon) dan batu itu berbicara"Wahai Muslim sesungguhnya dibelakangku ada orang Yahudi, maka bunuhlah",kecuali ada satu pohon milik Yahudi yaitu pohon Gorqot.dan pohon ini yang sekarang lagi dikembangkan oleh warga Yahudi di daerah Palestina (sebagian daerah untuk pemukiman Yahudi dan sebagian untuk menanam pohon Gorqot).
"Wahai umat Islam, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar yang menjadikan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' dan Qias sebagai panduan hidup, mudah-mudahan kehidupan kita semua bahagia dan sejahtera di dunia dan di akhirat..amin..

Jumaat, 16 Julai 2010

Al-Quran pedoman hidupku..




Assalamualaikum wbt..
InsyaAllah dengan sedikit masa yang terluang ini, ana ingin menjemput semua sahabat2 bersama-sama ke Program Seminar Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:










Tarikh : 18 Julai 2010 (Ahad)

Masa  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas SPU.
Bayaran: Tiada (PERCUMA)



Semoga kita semua beroleh keredhaan Allah didunia dan diakhirat dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber panduan yang utama dalam hidup kita.. Amin..

 Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.



TENTATIF PROGRAM SEMINAR AL-QURAN
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1431H / 2010M
8.00 pagi - 8.30 pagiPendaftaran Peserta / Minum Pagi
8.30 pagi -10.30 pagiSesi 1: Al-Quran dan Sains
  • Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Haji Othman
    Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM
    Tajuk : Nuklear
  • Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz
    Pensyarah Pusat Pengajian Fizik, USM
    Tajuk : Astronomi
  • Dr. Jamnul Azhar bin Haji Mulkan
    Pakar Perubatan
    Tajuk : Perubatan

    Moderator : Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah
                       (AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang / USM)




11.00 pagi -1.00 tgh.
Sesi 2: Al-Quran dan Ekonomi
  • Prof. Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim
    Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM
    Tajuk : Industri Halal
  • Prof. Madya Zakaria bin Man
    Timbalan Rektor, KUIN
    Tajuk : Zakat dan Wakaf
  • Dr. Aznan bin Hassan
    Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM
    Tajuk : Perbankan Islam

    Moderator : Tuan Haji Norzli bin Mat
                       Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
1.00 tgh. - 2.30 ptg.Makan Tengahari / Solat Zohor




2.30 ptg. - 4.30 ptg.
Sesi 3: Al-Quran dan Masyarakat
  • Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
    Presiden Dar al Hikmah, Kajang, Selangor
    Tajuk : Kepimpinan
  • Dr. Badrolamin Bahron
    Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
    Tajuk : Keadilan
  • Tuan Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar
    Peguam Syarie
    Tajuk : Undang-undang

    Moderator : Tuan Haji Rosli bin Othman
                       (AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang)
4.30 ptg. - 5.00 ptg.Pelancaran Ramadhan di Gaza
  • Ucapan oleh : En. Azmi bin Abdul Hamid
    Presiden TERAS
  • Ucapan Penutup oleh :
    Y.B Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim,
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO),
    Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

Sabtu, 10 Julai 2010

KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS




1."Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim" 
Tafsirannya: 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. 



2. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 

3. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w : 
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

4.Sabda Rasulullah S.AW yang bermaksud: 
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. 

Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. 
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 



5. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 
  Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. ** 
Sabda Rasulullah SAW lagi: 
  
6. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. InsyaAllah..
 
Selamat Beramal..


" Ya Allah jadikanlah al-Quran sebagai syafaat kepadaku di akhirat kelak"