Jumaat, 18 Jun 2010

Mesej Bawah Sedar World Cup 2010


Hukum Allah..manusia faham ke tidak?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Syukur kehadrat Allah kerana memberi aku sikit peluang untuk mencoretkan beberapa nukilan bersesuaian dengan status hari ni sebagai "sayyidul ayyam" atau penghulu segala hari.. Berdasarkan pengamatan aku terhadap khutbah jumaat pada hari ni, sememangnya menyentuh serba sedikit tentang isu semasa yang sememangnya berlaku dinegara kita yang sangat kita cintai ni...


Khutbah jumaat di kawasan aku menjelaskan dan membincangkan mengenai kewajipan umat Islam untuk menegakkan hukum Allah di negara ini.. Sebagai manusia yang diciptakan Allah kita sebenarnya perlu memahami dengan sedalam-dalamnya sesuatu perkara yang ditetapkan oleh syara'. Jika difikirkan dengan logik akal pun sudah tentu sepatutnya kita memahami dengan jelas tentang perkara yang dibenar atau dilarang dalam Islam.. 


Jom kita fahami sebenar-benarnya, sebagai contoh seorang jurutera pembuat kereta pasti mengetahui mengenai keupayaan sebenar sesebuah kereta mengikut saiz dan kekuatan enjin dapat menetapkan tahap kelajuan yang paling laju yang mampu dicapai oleh sesebuah kereta.. begitu juga dengan halnya Allah sebagai pencipta kita, sudah tentu Allah mengetahui akan keadaan manusia yang diciptakannya dengan menetapkan perkara yang dibenarkan atau dilarang untuk dilakukan oleh ciptaanNya.. Kesemua perkara yang dibenarkan dan dilarang olehNya telah termaktub di dalam al-Quran yang wujud sejak beberapa ratus tahun yang lalu serta ditambah pula dengan Hadis Nabi, ijma' ulama dan qias yang datang selepas itu.. Perkara yang diwujudkan ini menunjukkan bahawa Islam itu sendiri adalah syumul dalam kehidupan manusia dan membawa kesejahteraan kepada manusia dimuka bumi ini..


Sebagai penutup, marilah kita bersama-sama merenung kembali bagaimana hancurnya tamadun-tamadun besar yang dianggap gagah dan perkasa seperti tamadun rom dan parsi yang sememangnya sukar digugat pada masa itu kemudiannya dihancurkan oleh Allah melalui hadis Nabi SAW yang telah dilafazkan oleh baginda disebabkan oleh kekufuran kepada nikmat serta menyalahi segala hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.. Mahukah kita menjadi sebahagian daripada apa yang berlaku kepada umat-umat terdahulu?? Mampukah kita untuk terus memikul tanggungjawab pihak yang melakukan kekufuran terhadap Allah dengan membiarkan sahaja??.. Hanya kita yang dapat menjawabnya dengan iman dan amal..

Teringat akan suatu potongan daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri” (al-Hasyr: ayat 19)


Bersama-samalah kita bermunajat agar Allah akan membuka hati pemimpin2 Islam di dunia ini khasnya dinegara ini akan dapat menegakkan hukum Islam seterusnya dapat melahirkan sebuah negara Islam yang gagah membangun dari segenap aspek berteraskan Islam yang sebenar..InsyaAllah..


اللهم النصور الأسلام والمسلمين والمجاهدين في كل مكان وفي كل زمان
امين يا رب العلمين



Ahad, 13 Jun 2010

Nasihat Rasullullah SAW kepada PENGANTIN BARU


Assalamualaikum wbt..
Bersempena dengan musim cuti sekolah ini, sudah tentu terdapat banyak kenduri-kendara terutamanya kenduri kahwin yang lazimnya dilaksanakan semasa musim cuti sekolah ini.. Sekadar perkongsian, berikut merupakan beberapa nasihat yang diberikan oleh Junjungan Besar, Rasulullah SAW kepada umatnya yang dikasihi.. Semoga menjadi pengajaran dan pedoman untuk bakal-bakal pengantin..

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada semua bakal-bakal pengantin atau yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan serta perkahwinan terus berada dibawah keredhaan Allah hingga akhir hayat..

Berikut nasihat Nabi Muhammad SAW:

• MENCIUM KENING
Malam pertama begitu indah, tapi kata Rasulullah, harus diiringi doa serta memberikan sentuhan kemesraan perdana kepada istri. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak, maka peganglah ubun-ubunya lalu bacalah ‘basmalah’ serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa.’” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim).




• SOLAT SUNAT
Agar pernikahan kita diiringi rida dan rahmat Allah, Rasul pun mengajarkan agar sebelum berhubungan suami istri di malam pertama hendaknya salat sunah dua rakaat lebih dulu.

Anjuran ini bisa kita lihat dalam sebuah hadis dari Abu Sa’id maula (budak yang telah dimerdekakan) Abu Usaid. Ia berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang budak. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Shahabat Nabi, diantaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah radhiyallaahu ‘anhum. Lalu tibalah waktu shalat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami salat. Tetapi mereka berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata: ‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju mengimami mereka salat. Ketika itu aku masih seorang budak. Selanjutnya mereka mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua shalat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan istrimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua…’” (Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah).




• DOA PEMBUKA
Setelah salat sunah dua rakaat, dianjurkan pula untuk berdoa. Sebagaimana hadis: “Seorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khawatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari setan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan salat dua rakaat di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdoalah): “Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan isteriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.” (lihat di Kitab al-Mushannaf).




• MINUM SEGELAS AIR
Sebelum memulai hubungan kali pertama, Rasul berpesan agar jangan terburu-buru. Alangkah baiknya dimulai dengan kelembutan dan kemesraan. Misalnya, dengan memberinya segelas air minum atau yang lainnya. Sebagaimana hadis Asma’ binti Yazid binti as-Sakan r.a., ia berkata: “Saya merias ‘Aisyah untuk Rasulullah SAW. Setelah itu saya datangi dan saya panggil beliau supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Beliau pun datang lalu duduk disamping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah SAW disodori segelas susu. Setelah beliau minum, gelas itu beliau sodorkan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazin berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah SAW!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” (HR. Ahmad di kitab Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah)




• DOA SEBELUM BERHUBUNGAN
Subhanallah, Islam begitu indah mengatur hubungan suami istri. Setiap kali akan berhubungan suami istri, selalu diingatkan untuk senantiasa berdoa: “Bismillah, Allahumma jannibnaasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maa razaqtana.”




Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari setan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau karuniakan kepada kami.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, niscaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.” (HR. Bukhari, Muslim).

P/S: Kepada sahabat-sahabat seaqidah yang masih belum atau masih tercari-cari calon pasangan hidup berikut merupakan sebuah hadis Rasulullah SAW tentang  kaedah yang paling baik untuk mencari bakal isteri, semoga menjadi iktibar dan panduan..:

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

' Ya Allah, kurniakanlah pasangan hidup kami, anak-anak kami dan keluarga kami yang memahami dengan mendalam tentang perjuangan Islam, moga-moga kami mendapat keredhaanMu didunia dan diakhirat'

Sabtu, 5 Jun 2010

Tanggungjawab Kita..Terhadap Agama..


 Alhamdulillah kali ni saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang diperoleh daripada khutbah Jumaat di Masjid Jamek Kubang Semang yang disampaikan oleh seorang Ustaz di IPG Kampus Tuanku Bainun pada 4 Jun 2010 yang lalu..


    Berdasarkan pengamatan terhadap khutbah yang disampaikan oleh beliau, pengisian utama khutbah berkenaan memberi fokus terhadap isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia hari ini iaitu kedatangan aktivis daripada beberapa buah negara ke Gaza untuk menghantar pelbagai bantuan sama ada pakaian,perubatan dan lain-lain lagi.. Malangnya, kapal yang digelar  Freedom Flotilla (Bahtera Kemerdekaan) ini telah diserang oleh pihak Zionis beberapa batu nautika lagi untuk sampai di sempadan Israel.Hal ini telah menyebabkan seramai sekurang-kurangnya 16 orang aktivis syahid dan ramai yang cedera diperlakukan oleh tentera Zionis Laknatullah..


    Khutbah yang disampaikan telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dan mesti diperlakukan oleh umat Islam khususnya untuk menghancurkan musuh Islam yang licik ini.. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan istilah CEGAH.. Cegah ini membawa maksud setiap umat Islam di Malaysia khususnya perlu dan mesti mencegah diri untuk membantu puak-puak kuffar ini terutama dari segi ekonomi.. Contoh kepada Produk-produk yang menyumbangkan kepada ekonomi kuffar yang juga digunakan sumber ini sebagai senjata dan peralatan untuk membunuh saudara-saudara seaqidah kita di Palestin ialah Coca Cola, KFC, Mc Donalds, dan lain-lain lagi. (rujuk disini).

    Dalam perkara ini juga, Sheikhul Islam, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi juga ada menfatwakan bahawa:

Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.


Renungkanlah fatwa seorang daripada kekasih Allah ni,semoga kita memahami dan mendapat manfaat daripadanya..Amin..


     Mengungkap kembali khutbah berkenaan, boikot yang telah dilaksanakan oleh umat Islam terhadap sebuah negara yang telah bertindak menghina Penghulu Umat Islam, Nabi Muhammad SAW telah menyebabkan negara ini kerugian terhadap ekonomi negara berkenaan.. Seterusnya, disebabkan kempen ini telah berterusan sehingga kini dikatakan bahawa satu produk yang dinamakan Zam Zam Cola yang dihasilkan daripada Iran telah meningkat pasarannya dari semasa ke semasa sehingga ke negara Teluk dengan permintaan sebanyak 4 Million tin (wow) dalam minggu pertama jualan. Dengan hasil yang memberangsangkan ini menyebabkan banyak kilang-kilang diwujudkan di negara Teluk untuk menampung bilangan permintaan yang semakin meningkat. Terbaru, sebuah negara di Eropah iaitu Denmark telah mula mengimport Zam Zam Cola yang juga merupakan negara Eropah pertama mengimport hasil jualan umat Islam ini.


     Bagi umat Islam khususnya di Malaysia ini, Zam Zam Cola mungkin salah satu daripada produk yang boleh menggantikan Coca Cola yang bersumberkan Yahudi laknatullah..tetapi sebenarnya terdapat pelbagai lagi produk-produk alternatif di dalam negara ini sendiri contohnya Radix Cola daripada HPA, Bota Best (teman kan org Perak).. dan lain-lain lagi yang boleh menjana pendapatan umat Islam sendiri seterusnya meningkatkan taraf hidup umat Islam di negara ini..


Setakat itu sahaja entry kali ni..diharapkan agar umat Islam khususnya di Malaysia dapat sama-sama mengambil pengajaran dan memahami hikmah yang berlaku di dunia pada hari ini dan berkemungkinan besar menandakan bahawa kebangkitan Umat Islam semakin hari semakin hampir.. Sebelum itu, Hayati dan fahami hadis ini:

Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isa bin Maryam A.S dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isa menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) .
(Hadith riwayat Muslim).



"Ya Allah,kuatkanlah jiwa-jiwa mujahidMu untuk terus berjuang menegakkan agamaMu,golongkanlah aku dan sahabat seaqidah sebahagian daripada mujahidMu dan syahid di jalanMu ini"
Ameen...

Khamis, 3 Jun 2010

Ada apa dengan CROCS??

Crocs




Kebelakangan ni isu logo produk alas kaki berjenama, Crocs (tm) yang menyerupai kalimah Allah menjadi semakin hangat setelah komen ringkas daripada seorang ustaz merangkap pemilik laman saifulislam.com mengatakan perkara ini hanyalah sebagai andaian kita dan logo ini hanya secara kebetulan. Ada yang menyokong pendapat tersebut dan ada pula yang sebaliknya.

Adakah ini perancangan musuh Allah dalam mengotori kalimah suci ini? Allahua'lam.

Apa itu Crocs?
Bagi yang tidak mengenali produk ini, jenama Crocs sudah menjadi salah satu alas kaki yang popular kerana ciri-cirinya yang selesa, mudah dipakai dan memberi perlindungan kepada kaki melebihi selipar jepun (ada sesetengah yang panggil dengan gelaran selipar jamb@n) atau nama modennya, flip-flop. Dengan kata lainnya, Crocs juga boleh dianggap sebagai selipar jepun/selipar jamb@n era moden.




Keraguan.
Seperti yang telah saya nyatakan pada awal tadi, logo Crocs menjadi hangat kerana menyerupai kalimah Allah. Saya yakin disebabkan perkara ini ada berlaku perselisihan faham dalam kalangan kita tak kira dimanapun kita berada kerana sebahagian daripada kita ada yang memakainya dan ada yang tidak. Dalam isu ini terdapat dua keraguan yang muncul ; 1) logo Crocs yang menyerupai kalimah Allah dan 2) Crocs secara keseluruhannya adalah salah satu taktik Yahudi dan Nasrani dalam menyumbangkan duit kepada pembunuhan umat Islam serata dunia.

Dalam isu pertama, hanya logo Crocs (bukan pada keseluruhan alas kaki tersebut) yang menjadi tanda tanya sama ada logo tersebut termasuk dalam rancangan Yahudi dan Nasrani dalam menghina Allah yang maha Mengetahui itu benar atau tidak. Hal ini tidaklah dapat kami pastikan secara mutlak. Kita sebagai umat Islam dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan segala jenis keraguan yang hadir. Timbulnya keraguan pada logo itu telah membuatkan perlunya kita untuk menghilangkan logo tersebut daripada alas kaki kita.

Crocs sebagai penyumbang kewangan kepada pembunuhan umat Islam sedunia juga adalah satu keraguan kerana masih belum terdapat bukti kukuh diketengahkan. Keraguan muncul pada hasil keuntungan mereka dan bukan pada produk mereka. Apa yang ingin ditekankan disini adalah anda masih boleh memakainya kerana jika hal ini adalah benar, anda telahpun melakukannya dibawah pengetahuan anda dan perkara ini tidak salah dan tidak boleh diulangi semula. Bermakna jika anda memilikinya, anda berhak memakainya selagi logo yang menjadi keraguan itu tidak terdapat padanya (logo telah dikikis). Jika anda tidak memilikinya, anda perlulah mengelakkan diri daripada membeli bagi mengelakkan anda membayar harga bunuh diri anda sendiri. Namun diingatkan sekali lagi, perkara ini masih menjadi keraguan kerana masih belum terdapat sebarang bukti kukuh padanya.

Umat Islam mesti mengelakkan diri daripada keraguan kerana daripada satu keraguan, muncul pula keraguan pada perkara lain. Dalam hal ini contohnya, seandainya telah terbukti benar mereka menyumbangkan hasil keuntungan kepada operasi pembunuhan umat Islam sedunia, kita perlulah mengelakkan diri daripada membelinya. Mereka yang telah lama membelinya pada pendapat saya boleh meneruskan pemakaian alas kaki tersebut namun diragui pemakaian tersebut menjadi iklan penarik minat untuk orang lain pula membelinya. Maka jika terbukti perkara ini benar kelak, elakkanlah daripada memakai sebarang jenis alas kaki yang sama bentuk dengannya sama ada asli, cetak rompak mahupun hanya pada bentuk (tiada sebarang logo tersebut padanya) kerana boleh menarik minat orang lain dalam memiliki yang produk Crocs yang asli.

Allahua'lam. Ini hanya pandangan seorang anak muda yang belum mencecah umur puluhan tahun. Sebarang kesilapan harap ditegur dan dibetulkan. Harap anda dapat fahami mesej yang ingin disampaikan saya melalui penulisan ini sebelum memberi sebarang komen mengenainya. Dan diharapkan juga penulisan saya tidaklah terlalu memutarbelitkan pemikiran anda untuk memahaminya. :)

"Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku dan seluruh muslimin muslimat, mukminin mukminat serta mujahidin mujahidat menegakkan kalimahMu yang suci dimuka bumi ini serta kurniakanlah kepada kami rahmat dan hidayahMu tentang perkara yang kami tidak ketahui"

Selasa, 1 Jun 2010

Nasib rakyat kita di atas kapal Mavi Marmara belum diketahui.


Petikan daripada Harakahdaily.net   
KOTA BHARU, 1 Jun: Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara
yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui.
Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai
Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang
“Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel
di perairan antarabangsa itu.
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman,  Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei
setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
Sementara itu, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman yang selamat bersama 12 anggota
keselamatan ke Gaza berada di Turki.
Mereka dijangka sampai ke tanah air kira-kira pukul empat petang esok setelah
terpaksa transit di Dubai beberapa jam.
Setiausaha Yayasan Amal Malaysia, Hamid Othman yang baru menghubungi Harakahdaily
kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, memberitahu Dr Rani yang dikatakan
terpaksa berlabuh di Haifa, sebenarnya tidak berlaku.
Menurut Hamid, Hifa adalah kawasan Israel dan konvoi mereka tidak pernah sampai di sana.
Beliau bagaimanapun berkata, Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamulidin Elias
memang belum diketahui nasibnya.
“Turut bersama saya sekarang dan selamat ialah Presiden kita, Husin Ismail, Dr Rani
dan beberapa orang anggota lagi ada bersama saya.
“Saya ingin membetulkan kenyataan dalam Harakahdaily yang mendakwa kami
selamat di Haifa, sebenarnya tidak Haifa dalam kawasan Israel,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan seluruh rakyat
Palestin di Gaza yang kini sedang meningkat kematiannya akibat diserang tentera Israel.
Tambahnya, doakan juga semua konvoi misi keselamatan di sana selamat.

"Ya Allah selamatkanlah mujahidin yang pergi berjuang menegakkan agamaMu yang suci ini, satukanlah hati ummah untuk menjahanamkan musuhMu, 
Hancurkanlah Yahudi dan sekutunya 3x..
Allahuakbar!!

Wahai sahabat seaqidahku perbanyakkan bacaan Qunut Nazilah,
mudah-mudahan dengan doa ini dapat merasakan bahawa hati 
dan jasad ini walau dimana pun berada sebenarnya bersama-sama 
dengan mujahidin di Ghazzah..






























" Ya Tuhan, aku juga ingin bersama pejuangMu syahid menegakkan agamaMu"