Isnin, 1 Februari 2010

Mari mempelajari Ilmu Perubatan Islam warisan Nabi Muhammad SAW..



Assalamualaikum wbt...
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Surah Al-Isra’ ayat 82 bermaksud:   
82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.


Surah Yunus ayat 57 bermaksud:   
57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

  Ilmu Perubatan Islam sememangnya suatu ilmu yang dilihat baru bagi masyarakat masa kini. Umumnya, ilmu Perubatan Islam telah wujud semenjak Zaman Rasulullah SAW seperti yang tercatat di dalam kitab “Thibbun Nabawi” yang ditulis oleh Ulama tersohor suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang telah dijalankan sejak Zaman Rasulullah tercatat di dalam buku demikian. Maka, tidak hairanlah jika pada masa kini sebagai umat Islam yang mencintai Rasulullah menyambung semula perjuangan yang dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW di negara ini dengan mempelajari ilmu yang semakin hari semakin ditinggalkan oleh masyarakat Islam. InsyaAllah dengan pengetahuan dan ilmu berkaitan pengubatan Islam yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis akan dapat membantu kita untuk mengatasi sebahagian daripada fitnah yang melanda umat Islam kini yang kebanyakannya mempercayai bomoh kerana dikatakan dapat menyembuhkan sebarang penyakit serta dapat membetulkan aqidah kita dengan beriman sepenuhnya dengan kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW.. 

  Percaya dan ketahuilah bahawa segala penyakit mahupun penawarnya adalah datangnya daripada Allah Rabbul Jalil. Mungkin terdapat hikmah dan rahsia yang ingin diperjelaskan oleh Yang Maha Mengetahui kepada makhlukNya khususnya manusia sebagai menjadi khalifah Allah di muka bumi ini yang semakin hari menjauhkan diri daripada Al-Quran dan Hadis Nabi..

  InsyaAllah, Pengumuman ini ditujukan kepada sekalian muslimin dan muslimat sama ada pelajar universiti, pegawai kerajaan, pegawai swasta mahupun orang perseorangan dan sesiapa sahaja khususnya yang berada berhampiran dengan kawasan Bertam, Pulau Pinang amnya di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia berhampiran yang berminat untuk mengikuti Kelas Perubatan Islam dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Malaysia adalah dipelawa dan dijemput untuk mengikuti Kelas Pengajian Perubatan Islam yang akan memulakan Kelas Pengajiannya pada 13 MAC 2010 bertempat di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah,Kepala Batas,Pulau Pinang. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai Kelas Pengajian ini bolehlah menghubungi Ustaz Megat Fauzi selaku urusetia pendaftaran Pelatih Perubatan Islam Kumpulan Kedua Cawangan Bertam bernombor telefon 012-5564406.. atau untuk mengetahui mengenai Ilmu Perubatan Islam yang diasaskan oleh Tn Guru Dato' Dr Haron Din ini boleh melayari laman sesawang di www.darussyifa.org untuk keterangan lanjut..

  Dengan penyertaan muslimin dan muslimat yang berminat untuk mendalami ilmu pengubatan Islam ini maka dapatlah kita selaku umat Islam yang mengaku mukmin membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan serta masyarakat setempat yang berada di dalam kesusahan dan kepayahan dengan izin Allah disamping menjadi salah satu usaha untuk bertaqarrub kepada Allah..

InsyaAllah.. 

Tiada ulasan: