Ahad, 28 Mac 2010

Hadis Pilihan Hari ini..

Sabda Rasulullah saw "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)

"Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan sebahagian daripada sunah kekeasihMu (Muhammad SAW) ini dalam kehidupanku"

Jumaat, 26 Mac 2010

Falsafah Pendidikan Islam:Untuk Bakal2 Ustaz/Guru..


Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Qur'an dan al – Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

Peranan Guru Agama Terhadap Murid

1. Menyedari bahawa mereka bagai role model
2. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah
3. Mendedahkan dan memahamkan murid kepada pelbagai bentuk
4. ibadah wajib, kelebihan, ancaman, cara melaksanakan serta kaitan dengan kehidupan di dunia dan akhirat
5. Memotivasikan murid untuk melaksanakan amalan agama dalam kehidupan seharian

Peranan Guru Agama Dalam Pengajaran & Pembelajaran (P & P)

1. Guru bukan sekadar pengajar tetapi dia juga pendidik
2. Guru perlu menguasai dasar pendidikan dan cara-cara mengajar yang berkesan
3. Mementingkan konsep di dalam pengajaran
4. Sentiasa mengunakan pendekatan motivasi
5. Mengusai pengurusan bilik darjah

Peranan Guru Menanamkan Kecintaan terhadap Agama
Wan Bakar Wan Dagang (1991)

1. Menanamkan asas agama yang kukuh
2. Menanam minat beragama dan sensitif kepadanya
3. Menggerak dan menaikkan emosi murid supaya cintakan agama
4. Membasmi kejahilan beragama berasaskan pendidikan Islam
5. Melahirkan Jailul Qur'an di kalangan murid
6. Meningkatkan cara hidup Islam dikalangan murid
7. Mewujudkan nafsu mutmainnah dikalangan murid
8. Mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di sekolah dan luar sekolah
9. Membanteras kemungkaran dan kesesatan dikalangan dengan cara yang baik
10. Membentuk iklim sekolah dengan nilai agama

Keterampilan yang perlu dimiliki oleh Guru Agama

1. Lebih berdidikasi
2. Cemerlang melaksanakan tugas
3. Membantu murid untuk menjadi seorang muslim yang berakhlak, berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa
4. Memahami falsafah, matlamat dan hasrat pendidikan Islam
5. Meningkatkan ilmu yang sedia ada
6. Pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat pelajar
7. Menguatkan ukhuwwah dan gerakan sesama guru pendidikan Islam
8. Kepimpinan dan sahsiah yang mempunyai pemikiran yang mantap, rasional, bijaksana dan matlamat yang jelas
9. Menjadi seorang murabbi, muaddib, dai'e dan qaid

Sifat-Sifat Guru Pendidikan Islam
Abdul Halim Muhammadi (1991)

1. Sifat zuhud ( mendidik kerana mencari keredhaan Allah S.W.T)
2. Kebersihan diri luaran dan dalaman
3. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri
4. Sebagai bapa atau ibu dalam menghadapi muridnya
5. Memahami tabiat muridnya

Sifat-Sifat Guru Pendidikan Islam
Abdullah Ishak (1989)

1. Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran
2. Ketokohan dan keperibadian guru
3. Memberi ilmu kerana Allah
4. Kebijaksanaan dan kematangan
5. Berrsifat kasih sayang
6. Perwatakkan guru

Sifat-Sifat Guru Pendidikan Islam
Abdullah Nasih Ulwan (1981)

1. Ikhlas
2. Bertaqwa
3. Berilmu pengetahuan
4. Pemaaf
5. Bertanggungjawab

Sifat-Sifat Guru yang Disukai Murid
Atan Long (1993)

1. Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat
2. Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik
3. Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi dari
kebanyakkan orang
4. Mempunyai sifat yang kreatif, imiginasi dan ikhtiar
5. Mempunyai suara dan tingkah laku yang beradab
6. Bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah
7. Sabar
8. Jujur
9. Tegas
10. Menepati masa dan berkebolehan mengurus
11. Mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan
12. Memberi bimbingan yang demokratik
13. Menjaga status ikhtisas perguruan

Sifat Guru Yang Tidak Baik

1. Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah hilang sabar
2. Tidak membantu kerja-kerja di sekolah, tidak menerangkan pelajaran dan tugasan secara jelas serta bekerja tanpa perancangan
3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu
4. Besar diri, sombong. Angkuh, susah menerima pandangan dan tidak menyedari muridnya keluar kelas
5. Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa, terlalu tegas dan membuat huru hara
6. Tidak adil dalam peperiksaan dan pemberian markah ujian dan peperiksaan
7. Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan murid,memalukan murid di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran
8. Tidak berminat untuk mengenali murid dan latar belakang mereka
9. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya.

Isnin, 8 Mac 2010

Peringatan Bersama.. Untuk kemaslahatan Islam..

Nasihat Guru .. Sekadar Untuk Dikongsi Bersama...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Baru-baru ini penulis dan bapa penulis menziarahi salah seorang guru yang sangat kami hormati dan kasihi. Beliau telah banyak mengajar kami solat dengan "kayfiyyat" yang sangat teliti mengikut mazhab Imam Tercinta, Imam al-Shafie r.a. Beliau juga sering menekankan tauhid berdasarkan mazhab Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari. Percakapan beliau juga sering disulami dengan sentuhan fiqh semasa, tasawwuf dan makrifat. [Semoga Allah memelihara beliau. Amat jarang ditemui seorang guru seperti beliau].

2. Dalam pertemuan kami, penulis melahirkan rasa kesal dengan perkembangan ilmu agama di dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

3. Penulis menyatakan bahawa bahawa banyak blog dan website - sama ada yang berbahasa Arab atau Inggeris atau Melayu - menyebarkan pemikiran Wahhabi atau sekurang-kurangnya mengandungi unsur-unsur Salafi Wahhabi ini.

4. Beliau menyatakan bahawa beliau pernah mendengar para ulama' berkata: "Seandainya teknologi yang ada pada hari ini adalah merupakan kaedah atau jalan yang terbaik bagi pengambilan ilmu dan penyebaran agama Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengurniakan kekasihNya Sayyiduna Muhammad SAW teknologi yang ada pada hari ini. Namun begitu, itu tidak berlaku.
"Maksudnya, jalan yang terbaik dalam mengambil ilmu agama dan penyebarannya adalah sepertimana yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada RasulNya dan sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya iaitu dengan mengambilnya secara langsung daripada guru melalui pertemuan (talaqqi) dan persahabatan (suhbah).

5. Kemuliaan para Sahabat r.anhum adalah dengan bertemu dan bersahabat dengan Rasulullah SAW, dan kemuliaan para Tabi'in adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Sahabar r.anhum dan kemulian para Tabi'i al-Tabi'en adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Tabi'in... mereka adalah sebaik-baik kurun dan teladan.

6. Maka, inilah jalan sirathul mustaqim... mengambil ilmu agama dengan guru yang mengambil ilmu dengan jalan bertemu dan bersahabat dengan guru-guru sebelum mereka.

7. Penjelasan beliau yang ringkas ini memberi kepada penulis jawapan kenapa RAMAI ORANG YANG BERGURU DENGAN "SHEIKH INTERNET" SERING TERSALAH MEMILIH ILMU DAN GURU, DAN AKHIRNYA RAMAI JUGA YANG TERPERANGKAP DENGAN FAHAMAN TERPESONG SEPERTI SALAFI WAHHABI TANPA MEREKA SEDARI. MEREKA MENELAN RACUN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGENALI UBAT. Ini adalah kerana mereka telah lari daripada asas pengajian agama Islam.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar". Tak dinamakan belajar, kalau tidak ada pengajar.

8. Bukanlah bermakna, teknologi maklumat dan komunikasi yang ada pada hari ini tiada gunanya, bahkan banyak kegunaannya. Namun begitu, keselamatan ilmu dan keberkatan ilmu agama di dalam dunia "cyber" ini amat terbatas.

9. Oleh itu, penulis menasihati diri ini khasnya dan para pembaca blog ini agar tidak meninggalkan pengajian ilmu secara talaqqi khasnya yang berkaitan ilmu para ulama' muktabar - ulama' empat mazhab .. agar kita tidak terkeluar dari jalan yang lurus ini dalam mengambil ilmu. Moga-moga kita semua di dalam pemeliharaan Allah SWT dalam perjalanan menuju kepada-Nya.


Wassalamu'alaikum.
Posted by Al-Ashairah at 2:51 AM

Siapalah kita sebagai manusia biasa yang sanggup mengatakan itu dan ini kepada manusia lain lebih-lebih lagi Ulama'-ulama terdahulu yang dengan izin Allah,ilmu yang mereka pelajari dan timba suatu masa dahulu dapat digunakan dan difahami oleh kita pada zaman kini...

Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi satu-satunya firqah yang diterima olehMu di akhirat kelak dan jauhilah aku daripada tergolong daripada 72 firqah yang lain yang tidak diterima olehMu.. dan berikanlah aku syahid dalam mempertahankan AgamaMu ini.. Amin...