Ahad, 28 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul..

Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan yang terluang ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua di negara Malaysia ini dan ketahuilah wahai umat Islam bahawa sambutan tahun baru cina merupakan suatu perayaan budaya masyarakat cina yang dibenarkan oleh Islam untuk disambut dan bukanlah merupakan perayaan agama.. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut saudara/saudari boleh melayari blog seorang ADUN Titi Serong, Perak yang merupakan masyarakat Cina yang beragama Islam menjelaskan tentang perayaan ini boleh disambut oleh umat Islam di blog ini.. Didoakan semoga perpaduan antara kaum di negara ini sentiasa teguh dengan izin Allah swt...
 
Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua masyarakat Islam di seluruh negara.. Diharapkan agar dengan sambutan hari kebesaran Islam ini dapat mendekatkan diri kita kepada Islam yang diredhai Allah dan sentiasa berada di landasan Islam yang berlandaskan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.. Peringatan kepada diriku yang lemah ini serta sahabat2 seaqidah agar tidak menjadikan tarikh 12 Rabiul Awal setiap tahun untuk memperingati Junjungan Besar Rasulullah SAW tetapi setiap detik di dalam kehidupan kita perlu sentiasa mengingati kekasih Allah ini.. InsyaAllah..Sabda Rasululah SAW..
Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Marilah kita berusaha untuk menghidupkan sunah Nabi yang semakin hari semakin ditinggalkan oleh umat Islam zaman kini sebagai tanda cinta kepada kekasih Allah ini dan mengharapkan agar kita yang berusaha untuk mengamalkan sunah Nabi akan mendapat syafaat yang besar di sisinya..amin..
Sebelum mengakhiri posting kali ini, renungilah suatu hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah ra.Nabi saw bersabda : Barangsiapa berpegang teguh dg sunahku
dikala rusaknya umatku, maka baginya pahala satu orang mati syahid (HR.Thobrani).

Renung-renungkanlah..

Selasa, 9 Februari 2010

Antara Wang, Kehendak dan Jihad Fisabilillah..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

wow!!

Alhamdulillah kali ni Allah telah memberi sedikit kekuatan dan masa untuk berkongsi sesuatu dengan semua sahabat.. Selawat dan Salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga serta para sahabatnya.. Bersyukur sangat2 sebab elaun yang dinanti2 selama ni dah keluar dengan jayanya.. Jadi sebagai hamba Allah yang senantiasa menjunjung perintahnya wajiblah bagi kita untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberikan terutama kepada bakal2 guru yang belum jadi guru dah dapat “gaji”.. Kalau kita rujuk dalam al-Quran, kita akan bertemu bagaimana ALLAH SWT menyebut kepada kita betapa banyaknya nikmat pemberianNya itu sehingga manusia tidak akan mampu untuk menghitungnya. Ada 2 surah yang mempunyai lafaz ayat yang sama yang menyebutkan tentang hal ini. Yang pertamanya ialah dalam Surah Ibrahim 13:34, dan yang keduanya dalam Surah an-Nahl 14:18. Dalam ayat tersebut ALLAH kata, 
"Sekiranya kamu cuba nak menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."..
Ayat ini nampak saja ringkas tapi cukup jelas memberitahu kepada kita bahwa nikmat ALLAH terlalu banyak sampai tak terkira..

Dengan kemasukan elaun ni, maka banyaklah perancangan2 yang dibuat terutamanya yang telah lama di’pikiaq’ untuk dibeli.. Lazimnya macam bakal2 guru ni senarai yang dapat dikenalpasti…. erm.. hanset, laptop,external HD, MOTOR (wow).. Ha… ni merupakan senarai yang biasa berada di dalam pemikiran bukan sahaja bakal guru di IPG sahaja tetapi lazimnya terhadap kebanyakan pelajar2 IPTA dan IPTS di luar sana…

Dalam perancangan untuk memiliki segala keperluan yang disebutkan tadi, sepatutnya kita tidak melupakan beberapa perkara yang jarang difikirkan oleh sebilangan pelajar pada hari ini seperti bersedekah, menaja aktiviti ISLAM, membantu gerak kerja dakwah dan lain-lain yang seangkatan dengannya.. Sebenarnya dengan memberi sedekah terutamanya bersedekah ke masjid, faqir miskin, dan lain-lain akan memberi kepuasan kepada diri kita sendiri terutamanya di dalam hati kecil kita ini yang sangat2.. Kepuasan yang amat sangat ini InsyaAllah akan dapat dirasai apabila kita dapat beramal dengan perasaan ikhlas fisabilillah..

Keperluan bersedekah dan amal jariah ini sebenarnya amat diperlukan dengan keadaan dalam negeri ini yang menunjukkan masih terdapat kekurangan dana bagi membantu menjayakan aktiviti khususnya berkaitan ISLAM… Terkenang akan lawatan ilmiah yang aku ikuti ke Singapura yang jika tidak silap hanya 12% sahaja penduduknya yang beragama ISLAM tetapi dengan semangat juang dan survival diri yang tinggi di kalangan masyarakat ISLAM di sana maka pendapatan masjid di sana khususnya yang diletakkan di bawah MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) adalah tidak kurang daripada $10,000.. Bukan RM tetapi dolar Singapura.. Dengan keadaan yang sedemikian, dapatlah diandaikan bahawa seseorang individu yang beragama ISLAM ini sebenarnya mempunyai kekuatan survival yang tinggi tetapi disebabkan di negara kita ini yang menunjukkan bahawa jatuh bangun sesebuah masjid atau surau adalah terletak di bawah kuasa Kerajaan tidak kira kerajaan negeri atau kerajaan pusat maka kebanyakan daripada kita hanya meletakkan harapan terhadap pihak ini..  

Fikirlah dengan sebaiknya kemana elaun atau selalunya dipanggil duit “PT”  oleh mahasiswa IPT ini agar setiap duit yang diterima digunakan dengan sebaiknya dan dapat membantu proses penyampaian dakwah bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi juga dalam kalangan umat Islam di sekeliling kita yang masih memerlukan.. Ingatlah bahawa usaha musuh Islam hampir berjaya dengan menyuntik hati umat Islam supaya memperhambakan duit atau seolah-olah menjadikan wang itu sebagai “berhala” di zaman Moden serba canggih ini.. Dengan kejadian perkara sedemikian tidak hairanlah sabda rasulullah yang pernah menyatakan bahawa umat Islam akhir zaman nanti akan ditimpa penyakit iaitu Penyakit Wahn (iaitu cintakan dunia dan takutkan mati).. Wal’iyazubillah..

 Hayatilah firman Allah di dalam AlQuran dengan sebaiknya ..

“Barangsiapa bersyukur padaKu, niscaya akan Kutambahkan nikmatKu. Dan barangsiapa kufur dari nikmatKu, sesungguhNya adzabKu sangatlah pedih”

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan perintahMu dan berikanlah aku kekuatan untuk menjauhi segala laranganMu serta berilah aku kekuatan agar segala yang diperkatakanku atau ucapanku dilaksanakan olehku dengan ikhlas keranaMu mudah-mudahan aku tidak tergolong antara manusia yang dilaknat olehmu yang menyatakan sesuatu tetapi tidak melakukannya serta masukkanlah aku dikalangan umat Nabi Muhammad yang syahid menegakkan kalimahMu..Amin..

Jumaat, 5 Februari 2010

Konspirasi Dajjal di Padang Bola??


Manchester United dan AMilan Kegilaan Bola Sepak BerunsurkanKesyaitanan
clip_image001
clip_image002
Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentah benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (nind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazier merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not $USD 1.00, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:
clip_image001[1]
clip_image003
clip_image005
clip_image007
Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba. 

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.
clip_image008
clip_image010
clip_image012
Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5
=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33 

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:
clip_image014
Salib Knight Templar
clip_image016
Salib Kristian
clip_image002[1]
Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden. 

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juka terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan. 

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka. Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam.
clip_image018
clip_image020
  
Ini kad permainan illuminati
Ditulis oleh: 
Mr. Yang Berselimut
Jawatan Kuasa Forum JTR-FOM-NT
* telah disiarkan di laman blog FOM

Sedarlah wahai saudaraku sekalin, jangan biarkan umat kini pincang dek gerakan halus ini..
Ya Allah walau bagaimanapun musuh-musuh Islam merancang sesuatu untuk menghancurkan Islam di Dunia ini, tetapi kami masih percaya bahawa sebaik-baik perancang dan penentuan adalah darimu...
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk mempertahankan agamamu dan menyebar luaskan dakwah kekasihMu Rasulullah SAW sehingga hari qiamat kelak.. Amin..

Isnin, 1 Februari 2010

Kenali sahabat Nabi Muhammad (Pejuang Allah) - At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi


At-Tufail ibn Amr Ad-Dawsi atau Tufail bin Amar adalah salah seorang sahabat Nabi. Tufail bin Amar adalah seorang bangsawan Arab terkemuka serta merupakan ketua Kabilah Arab Daus. Beliau mempunyai sifat yang mulia dan suka menolong dan melindungi masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ketakutan. Beliau juga mempunyai tahap pemikiran yang luas, bijak, cerdas dan berperasaan halus. Juga merupakan penyair yang mampu membuat untaian terhadap syairnya agar lebih indah dan tajam.


Tufail memeluk Islam

Minatnya terhadap bidang kesenian membuatkan beliau sering kali tidak mahu melepaskan peluang dalam menyertai "Pesta Kesenian" di Pasar Ukaz. Pasar Ukaz merupakan suatu pasar kesenian yang terletak tidak jauh dari Kota Suci Makkah.
Namun demikian, Tufail merasakan yang beliau perlu bertemu dengan seorang lelaki di Kota Suci Makkah al-Mukarramah yang sebelum ini dikhabar merupakan lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri (luar biasa dan handal dalam pelbagai bidang) seperti yang selama ini didengari olehnya di negerinya yang bernama Tihamah (negeri yang terletak di dataran rendah sepanjang persisiran Laut Merah yang menjulur ke Makkah). Lelaki itu bernama Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad SAW) seorang lelaki yang menggelar dirinya "Utusan Allah".
Demi memastikan bahawa lelaki itu benar-benar wujud, Tufail bertanyakan khabar tersebut dengan beberapa pembesar Quraisy yang dalam perjalanan ke kota suci Makkah. Para pembesar Quraisy tidak memberikan apa-apa jawapan terhadap pernyatan Tufail tadi mungkin mereka ingin menjaga kepentingan keturunan mereka dan pangkat kemuliaan mereka di depan bangsawan kabilah Arab yang lain. Namun Tufail tidak berputus asa, hasratnya yang membara ingin bertemu dengan Muhammad terus dipendam sehingga beliau sampai di Kota Suci Makkah.
Sesampai sudah Tufail di Makkah, Tufail dilayani dengan penuh meriah oleh para pembesar Quraisy. Mereka membuat suatu majlis keraian sebagai tanda menyambut kedatangan Saudara pembesar dari puak Kabilah Arab yang lain. Dalam majlis tersebut Tufail bertanyakan tentang perihal kewujudan Muhammad di bandar itu kepada salah seorang pemuka Quraisy. Beliau tidak tahu yang Muhammad itu memang merupakan Nabi, Rasul dan Utusan Allah. Dia juga tidak mengetahui bahawa Muhammad itu merupakan keturunan kepada pemerintah Kota Suci Makkah yang sangat dibenci dan dimusuhi oleh kaum Quraisy yang menyembah berhala akibat dari sikap Muhammad yang mengagungkan Allah yang Esa dan tidak mahu berganjak dari dakwahnya itu,
Demi tidak mahu melukakan hati Tufail, pemuka Quraisy itu menjawab pertanyaannya:"Wahai Tufail sahabat kami, pemimpin kaum Daus yang bijak bestari, Engkau datang ke mari dalam keadaan selamat. Tiada satu halangan pun yang menimpamu. Kami pun menghormatimu dengan sepenuhnya. Muhammad yang kau maksudkan itu memang ada di kota Makkah ini. Dia seorang yang suka menimbulkan perselisihan diantara kami sehingga terjadilah perpecahan dan permusuhan antara satu sama lain".
Para pembesar Arab quraisy yang lain terdiam sejenak,masing-masing sepert mahu mengumpulkan kekuataan dan mempertahankan keyakinan mereka. Bagi mereka pertanyaan Tufail itu telah dapat dijangkakan awal lagi disebabkan;
  • Tufail merupakan seorang bangsawan yang sangat berpengaruh dalam hal ehwal sosial. Dan orang yang baik-baik dan tidak mementingkan pangkat semata-mata.
  • Tufail merupakan seorang yang amat meminati kepada kesenian, jadi tidak hairanlah jika dia sentiasa mahukan kelainan dan mencari ilmu berkaitan agama, kesenian, dan lain-lain dari orang yang dianggapnya terlalu luar biasa seperti Muhammad Rasullullah.
  • Kebanyakan pembesar Arab yang melawat kota-kota besar mereka akan sentiasa berbuat baik dengan cara mengenali orang-orang yang yang terpengaruh dalam masyarakat dan keturunan mereka. Hal ini menjadi lambang persaudaraan Arab yang kukuh pada sejak berkurun lamanya.
Namun, pemuka Quraisy tidak putus-putus menghasut Tufail dengan memburuk-burukkan Nabi Muhammad seperti mendakwa bahawa Muhammad itu membawa ajaran palsu dan hanya memainkan sihir semata-mata. Walau bagaimanapun, lonjakan hati nurani Tufail yang ingin bertemu dengan Muhammad dapat memutuskan hasutan dan tuduhan palsu pemuka/pembesar Quraisy itu. Akhirnya Tufail menjawab dengan tegas: "Demi Tuhan!, Kedatangan saya ke mari memang sengaja hendak bertemu dengannya (Muhammad) dan hendak mendengar ucapannya. Jika tuan-tuan sekalian tidak memperkenankan saya mendengar ucapannya, menatap raut wajahnya pun sudah cukup bagi saya. Saya tidak akan berbicara dengannya. Kedua-dua belah telinga saya ini akan saya sumbati dengan kapas (dalam-dalam)agar saya tidak dapat mendengar ucapan-ucapannya". Kata-kata Tufail itu membuatkan pemuka Quraisy tidak berdaya menghalangi keinginan bangsawan itu untuk bertemu Nabi Muhammad SAW.
Keesokan harinya,Tufail telah menuju ke Masjid (diriwayatkan kawasan sekitar Masjidil Haram) untuk menemui Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah dijanjikan Tufail telah menyumbatkan putik-putik kapas ke dalam telinganya sehingga beliau tidak boleh mendengar apa-apa suara yang telah terhasil dari luar. Seketika, beliau telah menanyakan orang sekeliling bagaimanakah rupa Muhammad itu lalu orang yang lalu lalang di situ memberitahu gerangan Muhammad serta tempat baginda berada. Akhirnya Tufail menemui Muhammad, di mana ketika itu Muhammad sedang solat disisi Kaabah. Lalu Tufail pun menghampiri Muhammad, beliau benar-benar ingin melihat paras rupanya dan keistimewaan yang ada pada Muhammad itu.
Lantas dengan izin Allah, Tufail yang sedang menghampiri Muhammad pada waktu yang tidak membenarkan beliau boleh mendengar tiba-tiba boleh mendengar dengan jelas alunan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh Muhammad. Dia berusaha untuk terus menutup telinganya rapat-rapat namun tidak berjaya. Suara Muhammad yang membacakan Al-Quran amat jelas walaupun pada zahirnya bacaan Muhammad itu perlahan dan tidak pula ditinggikan. Beliau akhirnya terpesona dengan bacaan itu.
Tufail bertanya sendirian: "Mengapa begitu indahnya perkataan-perkataan yang diucapkannya itu? Saya tidak akan takut pada barang yang baik daripada barang yang buruk. Apa yang menghalangi saya jika saya mendengar apa-apa yang dibaca oleh orang itu? Barang yang baik sudah tentu saya terima dan barang yang buruk akan saya buang. Siapakah yang menghalang saya jika saya memperkenalkan diri kepada orang itu? Saya ingin belajar kepadanya sesuatu yang saya belum ketahui. Alangkah baiknya jika saya dapat mempelajari rangkaian kata-kata seperti yang sedang diucapkan".
Selepas Nabi Muhammad menunaikan sembahyang, Nabi terus pulang ke rumahnya, dalam pada itu Tufail turut mengikuti nabi pulang ke rumah secara senyap-senyap. Sesampainya Nabi Muhammad ke rumah, Tufail meminta izin Nabi untuk masuk ke rumah baginda. Beliau memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Muhammad. Nabi meminta Tufail untuk duduk. Lalu Tufail menjelaskan kedatangannya dan cabaran yang hendak diterima sewaktu bertemu ingin bertemu Muhammad. Namun beliau menyerahkan semua itu kepada keizinan Allah. Tufail meminta untuk Muhammad membacakan beberapa ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Nabi pun setuju dan membacakan Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, lalu selepas Nabi selesai membacanya, lalu Tufail berkata kepada Nabi: "Demi Allah!Saya belum pernah mendengar bacaan yang lebih bagus daripada ini. Saya belum pernah mendengar urusan yang lebih lurus daripada bacaan ini".
Ketika pada waktu itu juga beliau mengucapkan kalimah syahadah dan berkata kepada Muhammad: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ini seorang yang ditaati oleh kaumku. Saya akan kembali kepada mereka untuk mengajak mereka memasuki Islam. Doakanlah semoga Allah memberikan suatu tanda (bukti kebenaran) yang akan membantu bagiku mengenai soal kuserukan kepada mereka". Lalu Nabi Muhammad SAW tidak menghampakan permohonan Tufail yang ikhlas itu dengan berdoa: "Ya Allah!Jadikanlah baginya suatu tanda(bukti kebenaran)".
Akhirnya Tufail telah memeluk Islam, menerima cahaya keimanan dan hidayah serta ketaqwaan. Nabi telah mendidik Tufail akan cara hidup baharunya apabila beliau mengamalkan Islam. Hatinya telah puas dan lega. Keimanan barunya itu tidak mudah untuk dicanang dan digoncang oleh sesiapapun. Kerana itu beliau tidak mengherankan ejekan dan tomahan kerana dia memeluk dan mempelajari Islam secara mendalam serta mengamalkannya.
Pemuka Quraisy tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau adalah pembesar Kabilah Arab Daus yang paling disegani dan apabila sesuatu kecelakan yang menimpa atas Tufail sudah pastinya masyarakat Daus di Tihamah akan menuntut bela atas apa-apa kecelakaan terhadap Tufail.

Selepas Islam

Beliau mengetuai satu kontinjen orang-orangnya menentang Musailamah al-Kazzab dan gugur syahid dalam Perang Yamamah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Semoga diriku diberi kekuatan oleh Allah untuk sekurang-kurangnya mencontohi sifat murni salah seorang sahabat Nabi ini dan diizinkan oleh Allah untuk gugur syahid di jalan Allah.. Amin..

Mari mempelajari Ilmu Perubatan Islam warisan Nabi Muhammad SAW..



Assalamualaikum wbt...
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Surah Al-Isra’ ayat 82 bermaksud:   
82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.


Surah Yunus ayat 57 bermaksud:   
57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

  Ilmu Perubatan Islam sememangnya suatu ilmu yang dilihat baru bagi masyarakat masa kini. Umumnya, ilmu Perubatan Islam telah wujud semenjak Zaman Rasulullah SAW seperti yang tercatat di dalam kitab “Thibbun Nabawi” yang ditulis oleh Ulama tersohor suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang telah dijalankan sejak Zaman Rasulullah tercatat di dalam buku demikian. Maka, tidak hairanlah jika pada masa kini sebagai umat Islam yang mencintai Rasulullah menyambung semula perjuangan yang dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW di negara ini dengan mempelajari ilmu yang semakin hari semakin ditinggalkan oleh masyarakat Islam. InsyaAllah dengan pengetahuan dan ilmu berkaitan pengubatan Islam yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis akan dapat membantu kita untuk mengatasi sebahagian daripada fitnah yang melanda umat Islam kini yang kebanyakannya mempercayai bomoh kerana dikatakan dapat menyembuhkan sebarang penyakit serta dapat membetulkan aqidah kita dengan beriman sepenuhnya dengan kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW.. 

  Percaya dan ketahuilah bahawa segala penyakit mahupun penawarnya adalah datangnya daripada Allah Rabbul Jalil. Mungkin terdapat hikmah dan rahsia yang ingin diperjelaskan oleh Yang Maha Mengetahui kepada makhlukNya khususnya manusia sebagai menjadi khalifah Allah di muka bumi ini yang semakin hari menjauhkan diri daripada Al-Quran dan Hadis Nabi..

  InsyaAllah, Pengumuman ini ditujukan kepada sekalian muslimin dan muslimat sama ada pelajar universiti, pegawai kerajaan, pegawai swasta mahupun orang perseorangan dan sesiapa sahaja khususnya yang berada berhampiran dengan kawasan Bertam, Pulau Pinang amnya di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia berhampiran yang berminat untuk mengikuti Kelas Perubatan Islam dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Malaysia adalah dipelawa dan dijemput untuk mengikuti Kelas Pengajian Perubatan Islam yang akan memulakan Kelas Pengajiannya pada 13 MAC 2010 bertempat di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah,Kepala Batas,Pulau Pinang. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai Kelas Pengajian ini bolehlah menghubungi Ustaz Megat Fauzi selaku urusetia pendaftaran Pelatih Perubatan Islam Kumpulan Kedua Cawangan Bertam bernombor telefon 012-5564406.. atau untuk mengetahui mengenai Ilmu Perubatan Islam yang diasaskan oleh Tn Guru Dato' Dr Haron Din ini boleh melayari laman sesawang di www.darussyifa.org untuk keterangan lanjut..

  Dengan penyertaan muslimin dan muslimat yang berminat untuk mendalami ilmu pengubatan Islam ini maka dapatlah kita selaku umat Islam yang mengaku mukmin membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan serta masyarakat setempat yang berada di dalam kesusahan dan kepayahan dengan izin Allah disamping menjadi salah satu usaha untuk bertaqarrub kepada Allah..

InsyaAllah..