Sabtu, 5 Jun 2010

Tanggungjawab Kita..Terhadap Agama..


 Alhamdulillah kali ni saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang diperoleh daripada khutbah Jumaat di Masjid Jamek Kubang Semang yang disampaikan oleh seorang Ustaz di IPG Kampus Tuanku Bainun pada 4 Jun 2010 yang lalu..


    Berdasarkan pengamatan terhadap khutbah yang disampaikan oleh beliau, pengisian utama khutbah berkenaan memberi fokus terhadap isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia hari ini iaitu kedatangan aktivis daripada beberapa buah negara ke Gaza untuk menghantar pelbagai bantuan sama ada pakaian,perubatan dan lain-lain lagi.. Malangnya, kapal yang digelar  Freedom Flotilla (Bahtera Kemerdekaan) ini telah diserang oleh pihak Zionis beberapa batu nautika lagi untuk sampai di sempadan Israel.Hal ini telah menyebabkan seramai sekurang-kurangnya 16 orang aktivis syahid dan ramai yang cedera diperlakukan oleh tentera Zionis Laknatullah..


    Khutbah yang disampaikan telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dan mesti diperlakukan oleh umat Islam khususnya untuk menghancurkan musuh Islam yang licik ini.. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan istilah CEGAH.. Cegah ini membawa maksud setiap umat Islam di Malaysia khususnya perlu dan mesti mencegah diri untuk membantu puak-puak kuffar ini terutama dari segi ekonomi.. Contoh kepada Produk-produk yang menyumbangkan kepada ekonomi kuffar yang juga digunakan sumber ini sebagai senjata dan peralatan untuk membunuh saudara-saudara seaqidah kita di Palestin ialah Coca Cola, KFC, Mc Donalds, dan lain-lain lagi. (rujuk disini).

    Dalam perkara ini juga, Sheikhul Islam, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi juga ada menfatwakan bahawa:

Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.


Renungkanlah fatwa seorang daripada kekasih Allah ni,semoga kita memahami dan mendapat manfaat daripadanya..Amin..


     Mengungkap kembali khutbah berkenaan, boikot yang telah dilaksanakan oleh umat Islam terhadap sebuah negara yang telah bertindak menghina Penghulu Umat Islam, Nabi Muhammad SAW telah menyebabkan negara ini kerugian terhadap ekonomi negara berkenaan.. Seterusnya, disebabkan kempen ini telah berterusan sehingga kini dikatakan bahawa satu produk yang dinamakan Zam Zam Cola yang dihasilkan daripada Iran telah meningkat pasarannya dari semasa ke semasa sehingga ke negara Teluk dengan permintaan sebanyak 4 Million tin (wow) dalam minggu pertama jualan. Dengan hasil yang memberangsangkan ini menyebabkan banyak kilang-kilang diwujudkan di negara Teluk untuk menampung bilangan permintaan yang semakin meningkat. Terbaru, sebuah negara di Eropah iaitu Denmark telah mula mengimport Zam Zam Cola yang juga merupakan negara Eropah pertama mengimport hasil jualan umat Islam ini.


     Bagi umat Islam khususnya di Malaysia ini, Zam Zam Cola mungkin salah satu daripada produk yang boleh menggantikan Coca Cola yang bersumberkan Yahudi laknatullah..tetapi sebenarnya terdapat pelbagai lagi produk-produk alternatif di dalam negara ini sendiri contohnya Radix Cola daripada HPA, Bota Best (teman kan org Perak).. dan lain-lain lagi yang boleh menjana pendapatan umat Islam sendiri seterusnya meningkatkan taraf hidup umat Islam di negara ini..


Setakat itu sahaja entry kali ni..diharapkan agar umat Islam khususnya di Malaysia dapat sama-sama mengambil pengajaran dan memahami hikmah yang berlaku di dunia pada hari ini dan berkemungkinan besar menandakan bahawa kebangkitan Umat Islam semakin hari semakin hampir.. Sebelum itu, Hayati dan fahami hadis ini:

Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isa bin Maryam A.S dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isa menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) .
(Hadith riwayat Muslim).



"Ya Allah,kuatkanlah jiwa-jiwa mujahidMu untuk terus berjuang menegakkan agamaMu,golongkanlah aku dan sahabat seaqidah sebahagian daripada mujahidMu dan syahid di jalanMu ini"
Ameen...

Tiada ulasan: