Selasa, 2 November 2010

Pabila ujian Allah mendatangi..

Salam Mujahadah,

     Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Nama Penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda, tabiin, tabii’ tabiin dan seluruh umat Islam sekalian..

     Lama sungguh blog ni x diupdate.. sejak 2 bulan yang lepas blog ni senyap sunyi tidak diupdate.. smoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan perjuangan di alam nyata walaupun tidak menulis di alam maya ini..

     Sepanjang tidak menulis ini, terlalu banyak ujian dan cabaran yang aku terima dalam usaha bergelar hamba Allah yang redha dan syukur ke atasnya.. Semoga segala ujian dan cabaran yang aku terima menjadi kafarah kepada segala dosa-dosa aku yang terdahulu… amin..

     Ucapan ribuan terima kasih juga kepada para sahabat yang memberi aku kekuatan dan semangat agar terus berjuang di muka bumi Allah yang penuh dengan onak duri ini.. tidak kira kepada sahabat yang memahami atau tidak tentang perkara yang terjadi dalam diri ini tetap juaga aku mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan, sokongan dan dorongan agar diri ini serta sahabat terus thabat dalam memartabatkan kalimah Allah.. Antara kata-kata yang masih lagi diingati sehingga kini daripada salah seorang sahabat ialah “Sabar syahir.. ujian ini menandakan bahawa Allah peduli dengan diri enta..”
     
     Alhamdulillah sedikit sebanyak kata-kata ini dapat mengubat hati yang berkecamuk dan celaru pada mulanya.. diri ini semakin hari dapat memahami dan mengira akan pentingnya memiliki sifat redha dan syukur dengan segala ujian sama ada ujian nikmat mahu pun kesusahan..

     Aku juga berusaha dari sehari ke sehari untuk memujuk diri ini bahawa segala apa yang ada di sekeliling dalam kehidupan seorang hamba ini sebenarnya “pinjaman” semata-mata daripada Pencipta kita dan tidak mustahil sama ada sesuatu yang disayangi bahkan yang yang kurang disayangi jua boleh “ditarik” oleh Allah.. Semoga diriku redha dan terus berusaha mendapatkan keberkatan dan redhaNya selama hidup di alam dunia ini..

     Sebelum aku mengakhiri coretan pada kali ni, aku ingin berkongsi beberapa ilmu yang boleh diamalkan sekiranya masalah atau tragedi yang menimpa hidupku ini berlaku dalam kehidupan para sahabat sekalian.. semoga mendapat manfaat.. sekalipun segala ikhtiar termasuk doa yang kita pinta daripada Allah masih jua tidak mengembalikan kepunyaan kita maka berserahlah kepada Allah yang Maha Mengetahui sesaat dihadapan kita kelak..



Amalan Doa apabila Kehilangan Barang:
  1. Membaca Yasin dengan perhentian pada 7 Mubin..
  2. Mengadakan solat hajat dengan bacaan pada rakaat pertama ialah dengan membaca ayat di dalam Surah Al-Hadiid ayat 1 hingga 6. Manakala bagi ayat pada rakaat kedua ialah membaca ayat Surah Al-Hasyr ayat 21-24.
  3. Berdoalah agar dipertemukan dengan barangan yang hilang semasa sujud di rakaat terakhir.
  4. Selepas bersolat berdoalah agar dipertemukan dengan barang yang hilang serta mengamalkan doa.


اَلَّلهُمَّ يَا هَادِيَ الضَّلاَلِ, وَيَا رَآدَّ الضَّآلِّ, رُدْ اِلَيَّ ضَآلَّتِي فَاِنَّهَا مِنْ عَطَاءِكَ وَإِحْسَانِكَ, يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Bermaksud: Ya Allah, engkaulah tuhan yang member petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuaanya. Ya Allah, kembalikanlah barang saya dan barang-barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberianMu kepada hambaMu. Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani..

InsyaAllah jika ditakdirkan Allah barang  yang hilang berkenaan akan diketemukan..

Jangan lupa juga untuk terus mengamalkan Doa agar ditetapkan dan diteguhkan iman:

الَّلهُمَّ يَا مُقَلِبَ القُلُوب ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِك, اَلّلهُمَ يَا مُصَرِّفَ القُلُوب صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ..
Wallahua’lam..

Hati : Asyik aku je yang diberi ujian..orang lain ok je..seronok..
Iman : Tu tandanya Allah mempedulikan kita.. syukur kerana Allah memilih kita untuk diuji dan berusaha serta redhalah akan pemberianNya..

Kata-kata hikmah : "Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin, dan syurga bagi orang Kafir
Pabila ujian Allah mendatangi.... tanda Dia Mempeduli.. siapalah kita tanpa keredhaanNya..

Tiada ulasan: