Sabtu, 24 April 2010

BUMI Benarlah kata Penciptamu..

Bumi,
Benarlah kata Penciptamu,
Wujudmu tanda kebesaranNya,
Khidmatmu tanda cintakanNya,
Suburmu kerana kehendakNya.

Bumi,
Benarlah kata Penciptamu,
Tatkala kau sihat manusia rakus,
Pabila kau sakit manusia takut,
Jika kau marah manusia hapus.





Bumi
Benarlah kata Penciptamu,
Walau dirimu dipilih "KHALIFAH" olehNya,
Kau menolak sukar dijangka,
Manusia leka menerima suka.

Bumi,
Benarlah kata Penciptamu,
Akan datang suatu ketika,
Tiada terjangka manusia alpa,
Dirimu menghadapNya tanda tikamu telah tiba...





Hasil Nukilan : Diriku yang mengharap keredhaanNya..
                       Sempena sambutan Hari Bumi 22 April 2010..


"Ya Allah, berikanlah diriku kekuatan untuk melaksanakan semua amanahmu sebagai khalifah di muka bumi ini dengan memelihara dan memulihara ciptaanMu ini"

Tiada ulasan: