Rabu, 4 Ogos 2010

Naluri Manusia: Memang banyak persoalan!

    
Salam Mujahadah, alhamdulillah Allah memberi sedikit kesempatan untuk menukilkan sesuatu untuk direnung, ditenung dan ditanggung oleh kita sebagai manusia yang sememangya tidak dapat lari daripada bersifat pelupa.. Sepanjang tidak menulis ini, pelbagai ujian dan pengalaman dialami dalam laluan onak berduri untuk menjadi mu'allim yang bukan hanya mampu berdiri dihadapan kelas dan bercakap sahaja tatkala habis masa keluar kelas kefahaman pelajar tidak diduga..

     Bermula dengan program Bina Insan Guru yang melibatkan Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat telah banyak mengajarkan tentang tanggungjawab sebagai pencetus anjakan paradigma dalam hidup masyarakat terutamanya di luar bandar. Belum kering air mata dipipi ini mengenangkan kehidupan masyarakat yang serba kekurangan di Ijok, hati ini dikejutkan dengan kepulangan kerahmatullah isteri kepada salah seorang daripada murabbi @ pensyarah di bumi IPG ini dan ternyata Allah betul-betul ingin menguji murabbi ini dengan ujian yang sukar sekali ditempuhi walaupun bukanlah diri ini yang menempuhi tetapi riak wajah murabbi ini menunjukkan betapa berat dugaan dan ujian yang mesti dihadapinya. Semoga Allah menempatkan isteri murabbi ini dikalangan orang solehah. Teringat mengenai betapa bertuahnya murabbi ini kerana dipertemukannya dengan almarhumah yang mampu membantunya menjalankan gerak kerja Islam disertai dengan kata-kata "Isteri pertama" murabbi ini adalah Islam dan almarhumah pula diibaratkan "Isteri kedua". Alangkah beruntungnya seorang suami yang mempunyai isteri yang dapat membantu dalam gerak kerja Islam. Al-Fatihah..

      Disusuli dengan beberapa program yang diharapkan mampu mengetuk hati yang sering lena dalam mengingati Pencipta dan menyanjung kekasihNya,Nabi Muhammad SAW iaitu kedatangan 2 orang 'ulama iaitu Habib Umar Bin Mohsin beserta Al-Allamah Sheikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki ke bumi IPG. Semoga Allah menetap serta meneguhkan hati untuk istiqamah dalam meneruskan kehidupan dengan menegakkan sunah Nabi SAW serta berusaha menggapai keredhaanNya  didunia dan akhirat serta terus menyanjungi 'ulama yang merupakan pewaris para Nabi.


      Naluri manusia sememangnya sering memikirkan tentang perkara dan ujian yang sering diberikan oleh Pencipta kepada kita.. Seringkali persoalan kenapa,mengapa, bagaimana, dan bermacam lagi persoalan sering terawang-awang dibenak hati ini.. Ketahuilah kita bahawa kebanyakan daripada persoalan yang acapkali timbul ini sebenarnya telah dijawab dan dirungkai oleh Al-Quran kitab Allah.. Fahami, ketahui, selidiki dan temani jawapan ini dalam diri insyaAllah segala yang dihadapi dapat menyejukkan hati..


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 
QURAN  MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan;  "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka  tidak diuji? Dan sesungguhnya  Kami telah menguji org2 yg sebelum  mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,  sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU  IDAM-IDAMKAN
QURAN  MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat  216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT  INI? 
QURAN  MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
 
KITA BERTANYA : KENAPA RASA  FRUSTASI?
QURAN  MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg 
beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU  MENGHADAPINYA? 
QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman!  Bersabarlah kamu (menghadapi  segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),  dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,  kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU  MENGHADAPINYA? 
QURAN  MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali  kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN  MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta  mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)
 
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU  BERHARAP? 
QURAN  MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat  129)
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT  TAHAN!!! 
QURAN  MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.  Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg  kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

"Ya Rabb, perteguhkanlah hatiku, perkemaskanlah perhiasanku, tetapkanlah qalbuku, tunjukilah diriku dengan jalan yang membawaku kejalan mendapat redhaMu"

Tiada ulasan: