Khamis, 19 Ogos 2010

Bila dua minit lagi nak berbuka puasa...

Salam Mujahadah,

      Alhamdulillah Allah masih memberi peluang dan ruang untuk berkongsi sedikit ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini dimana bulan ini merupakan suatu bulan yang sangat berharga dan dinanti-nanti oleh para sahabat Nabi SAW dan berdukalah sahabat Nabi apabila bulan ini berlalu daripada kehidupan mereka.. MasyaAllah betapa tingginya tahap keimanan para sahabat Nabi semasa zaman Baginda.. Semoga kita dapat mencontohi sedikit sebanyak amalan yang dilakukan oleh para sahabat Baginda terutamanya Khulafa' Ar-Rasyidin.. InsyaAllah.. 


      Sebagaimana yang dicatat di dalam Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh yang berbunyi " عليكم بسنتي وسنة خلفاء الراشدين"  yang membawa maksud :Berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) (Riwayat Abu Daud & At-Tarmidzi). Jadi apabila disebut tentang puasa kebanyakan umat Islam khususnya di negara ni dah tentu tak terlepas untuk berfikir pasal berbuka puasa nak makan pe??... Makan dimana??.. Bazar? Masjid? Surau? Masak je?.. Biasa la nih.. memang dah jadi fitrah manusia yang berpuasa dari terbit fajar sampai terbenam matahari tahan lapar,dahaga, juga hal2 yang boleh membatalkan puasa akan merasa seronok bila sampainya waktu makan setelah hampir 12 jam tidak boleh berbuat demikian.. Teringat  tentang hadis Nabi SAW berbunyi “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,”. (Riwayat Imam Muslim). MasyaAllah alangkah bersyukur dan bahagianya umat Nabi SAW..


      Bagi menzahirkan serta melahirkan rasa syukur berkenaan maka Adab Berbuka Puasa perlu diamalkan dalam kehidupan ini dan berikut merupakan sedikit perkongsian tentang beberapa adab yang sebaiknya dapat diamalkan dalam keadaan untuk berbuka puasa..


Adab berbuka puasa ialah menyegerakan berbuka apabila masuk waktu. Sahl bin Sa’ad melaporkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdoa ketika berbuka

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Doa daripada Rasulullah SAW ketika berbuka dan disunatkan kita membaca: “Hilanglah dahaga, basahlah peluh (hilang kekeringan) dan tetaplah pahala, insya-Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka.

Kata Anas: “Rasulullah SAW pernah datang ke (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda makan dan berkata: Mereka yang berpuasa berbuka puasa di sisi kamu, mereka yang baik makan makanan kamu dan malaikat akan berselawat ke atas kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air

Rutab ialah buah kurma yang sudah masak sebelum menjadi tamar kering. Ia lembut dan manis, manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering. Anas berkata:

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Jika tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Makan dengan sederhana

Orang berpuasa digalakkan tidak makan berlebihan ketika berbuka bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raf, ayat 31)
Segerakan solat Maghrib

Selepas berbuka dengan tamar atau air, jika makanan belum dihidangkan, umat Islam perlu segera menunaikan solat. Namun, jika makanan sudah dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku: Berat nak p tarawih kalau hujan..
Hawa Nafsu: Tidur je.. kan dah penat berpuasa siang tadi..
Muaddib: Lain kali waktu buka puasa 
               jangan makan menggantikan sarapan,''lunch'', minum petang.. :-)


''Ya Allah,jadikanlah aku daripada golongan umat Nabi SAW yang dapat merasai kebahagiaan bertemuMu diakhirat kelak selepas merasai kebahagiaan berbuka puasa di dunia ini''

Ramadhan "Madrasah Tarbiyah"

Tiada ulasan: