Jumaat, 18 Jun 2010

Hukum Allah..manusia faham ke tidak?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Syukur kehadrat Allah kerana memberi aku sikit peluang untuk mencoretkan beberapa nukilan bersesuaian dengan status hari ni sebagai "sayyidul ayyam" atau penghulu segala hari.. Berdasarkan pengamatan aku terhadap khutbah jumaat pada hari ni, sememangnya menyentuh serba sedikit tentang isu semasa yang sememangnya berlaku dinegara kita yang sangat kita cintai ni...


Khutbah jumaat di kawasan aku menjelaskan dan membincangkan mengenai kewajipan umat Islam untuk menegakkan hukum Allah di negara ini.. Sebagai manusia yang diciptakan Allah kita sebenarnya perlu memahami dengan sedalam-dalamnya sesuatu perkara yang ditetapkan oleh syara'. Jika difikirkan dengan logik akal pun sudah tentu sepatutnya kita memahami dengan jelas tentang perkara yang dibenar atau dilarang dalam Islam.. 


Jom kita fahami sebenar-benarnya, sebagai contoh seorang jurutera pembuat kereta pasti mengetahui mengenai keupayaan sebenar sesebuah kereta mengikut saiz dan kekuatan enjin dapat menetapkan tahap kelajuan yang paling laju yang mampu dicapai oleh sesebuah kereta.. begitu juga dengan halnya Allah sebagai pencipta kita, sudah tentu Allah mengetahui akan keadaan manusia yang diciptakannya dengan menetapkan perkara yang dibenarkan atau dilarang untuk dilakukan oleh ciptaanNya.. Kesemua perkara yang dibenarkan dan dilarang olehNya telah termaktub di dalam al-Quran yang wujud sejak beberapa ratus tahun yang lalu serta ditambah pula dengan Hadis Nabi, ijma' ulama dan qias yang datang selepas itu.. Perkara yang diwujudkan ini menunjukkan bahawa Islam itu sendiri adalah syumul dalam kehidupan manusia dan membawa kesejahteraan kepada manusia dimuka bumi ini..


Sebagai penutup, marilah kita bersama-sama merenung kembali bagaimana hancurnya tamadun-tamadun besar yang dianggap gagah dan perkasa seperti tamadun rom dan parsi yang sememangnya sukar digugat pada masa itu kemudiannya dihancurkan oleh Allah melalui hadis Nabi SAW yang telah dilafazkan oleh baginda disebabkan oleh kekufuran kepada nikmat serta menyalahi segala hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.. Mahukah kita menjadi sebahagian daripada apa yang berlaku kepada umat-umat terdahulu?? Mampukah kita untuk terus memikul tanggungjawab pihak yang melakukan kekufuran terhadap Allah dengan membiarkan sahaja??.. Hanya kita yang dapat menjawabnya dengan iman dan amal..

Teringat akan suatu potongan daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri” (al-Hasyr: ayat 19)


Bersama-samalah kita bermunajat agar Allah akan membuka hati pemimpin2 Islam di dunia ini khasnya dinegara ini akan dapat menegakkan hukum Islam seterusnya dapat melahirkan sebuah negara Islam yang gagah membangun dari segenap aspek berteraskan Islam yang sebenar..InsyaAllah..


اللهم النصور الأسلام والمسلمين والمجاهدين في كل مكان وفي كل زمان
امين يا رب العلمين



Tiada ulasan: