Selasa, 1 Jun 2010

Nasib rakyat kita di atas kapal Mavi Marmara belum diketahui.


Petikan daripada Harakahdaily.net   
KOTA BHARU, 1 Jun: Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara
yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui.
Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai
Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang
“Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel
di perairan antarabangsa itu.
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman,  Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei
setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
Sementara itu, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman yang selamat bersama 12 anggota
keselamatan ke Gaza berada di Turki.
Mereka dijangka sampai ke tanah air kira-kira pukul empat petang esok setelah
terpaksa transit di Dubai beberapa jam.
Setiausaha Yayasan Amal Malaysia, Hamid Othman yang baru menghubungi Harakahdaily
kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, memberitahu Dr Rani yang dikatakan
terpaksa berlabuh di Haifa, sebenarnya tidak berlaku.
Menurut Hamid, Hifa adalah kawasan Israel dan konvoi mereka tidak pernah sampai di sana.
Beliau bagaimanapun berkata, Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamulidin Elias
memang belum diketahui nasibnya.
“Turut bersama saya sekarang dan selamat ialah Presiden kita, Husin Ismail, Dr Rani
dan beberapa orang anggota lagi ada bersama saya.
“Saya ingin membetulkan kenyataan dalam Harakahdaily yang mendakwa kami
selamat di Haifa, sebenarnya tidak Haifa dalam kawasan Israel,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan seluruh rakyat
Palestin di Gaza yang kini sedang meningkat kematiannya akibat diserang tentera Israel.
Tambahnya, doakan juga semua konvoi misi keselamatan di sana selamat.

"Ya Allah selamatkanlah mujahidin yang pergi berjuang menegakkan agamaMu yang suci ini, satukanlah hati ummah untuk menjahanamkan musuhMu, 
Hancurkanlah Yahudi dan sekutunya 3x..
Allahuakbar!!

Wahai sahabat seaqidahku perbanyakkan bacaan Qunut Nazilah,
mudah-mudahan dengan doa ini dapat merasakan bahawa hati 
dan jasad ini walau dimana pun berada sebenarnya bersama-sama 
dengan mujahidin di Ghazzah..






























" Ya Tuhan, aku juga ingin bersama pejuangMu syahid menegakkan agamaMu"

Tiada ulasan: