Ahad, 28 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul..

Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan yang terluang ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua di negara Malaysia ini dan ketahuilah wahai umat Islam bahawa sambutan tahun baru cina merupakan suatu perayaan budaya masyarakat cina yang dibenarkan oleh Islam untuk disambut dan bukanlah merupakan perayaan agama.. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut saudara/saudari boleh melayari blog seorang ADUN Titi Serong, Perak yang merupakan masyarakat Cina yang beragama Islam menjelaskan tentang perayaan ini boleh disambut oleh umat Islam di blog ini.. Didoakan semoga perpaduan antara kaum di negara ini sentiasa teguh dengan izin Allah swt...
 
Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua masyarakat Islam di seluruh negara.. Diharapkan agar dengan sambutan hari kebesaran Islam ini dapat mendekatkan diri kita kepada Islam yang diredhai Allah dan sentiasa berada di landasan Islam yang berlandaskan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.. Peringatan kepada diriku yang lemah ini serta sahabat2 seaqidah agar tidak menjadikan tarikh 12 Rabiul Awal setiap tahun untuk memperingati Junjungan Besar Rasulullah SAW tetapi setiap detik di dalam kehidupan kita perlu sentiasa mengingati kekasih Allah ini.. InsyaAllah..Sabda Rasululah SAW..
Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Marilah kita berusaha untuk menghidupkan sunah Nabi yang semakin hari semakin ditinggalkan oleh umat Islam zaman kini sebagai tanda cinta kepada kekasih Allah ini dan mengharapkan agar kita yang berusaha untuk mengamalkan sunah Nabi akan mendapat syafaat yang besar di sisinya..amin..
Sebelum mengakhiri posting kali ini, renungilah suatu hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah ra.Nabi saw bersabda : Barangsiapa berpegang teguh dg sunahku
dikala rusaknya umatku, maka baginya pahala satu orang mati syahid (HR.Thobrani).

Renung-renungkanlah..

Tiada ulasan: