Selasa, 9 Februari 2010

Antara Wang, Kehendak dan Jihad Fisabilillah..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

wow!!

Alhamdulillah kali ni Allah telah memberi sedikit kekuatan dan masa untuk berkongsi sesuatu dengan semua sahabat.. Selawat dan Salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga serta para sahabatnya.. Bersyukur sangat2 sebab elaun yang dinanti2 selama ni dah keluar dengan jayanya.. Jadi sebagai hamba Allah yang senantiasa menjunjung perintahnya wajiblah bagi kita untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberikan terutama kepada bakal2 guru yang belum jadi guru dah dapat “gaji”.. Kalau kita rujuk dalam al-Quran, kita akan bertemu bagaimana ALLAH SWT menyebut kepada kita betapa banyaknya nikmat pemberianNya itu sehingga manusia tidak akan mampu untuk menghitungnya. Ada 2 surah yang mempunyai lafaz ayat yang sama yang menyebutkan tentang hal ini. Yang pertamanya ialah dalam Surah Ibrahim 13:34, dan yang keduanya dalam Surah an-Nahl 14:18. Dalam ayat tersebut ALLAH kata, 
"Sekiranya kamu cuba nak menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."..
Ayat ini nampak saja ringkas tapi cukup jelas memberitahu kepada kita bahwa nikmat ALLAH terlalu banyak sampai tak terkira..

Dengan kemasukan elaun ni, maka banyaklah perancangan2 yang dibuat terutamanya yang telah lama di’pikiaq’ untuk dibeli.. Lazimnya macam bakal2 guru ni senarai yang dapat dikenalpasti…. erm.. hanset, laptop,external HD, MOTOR (wow).. Ha… ni merupakan senarai yang biasa berada di dalam pemikiran bukan sahaja bakal guru di IPG sahaja tetapi lazimnya terhadap kebanyakan pelajar2 IPTA dan IPTS di luar sana…

Dalam perancangan untuk memiliki segala keperluan yang disebutkan tadi, sepatutnya kita tidak melupakan beberapa perkara yang jarang difikirkan oleh sebilangan pelajar pada hari ini seperti bersedekah, menaja aktiviti ISLAM, membantu gerak kerja dakwah dan lain-lain yang seangkatan dengannya.. Sebenarnya dengan memberi sedekah terutamanya bersedekah ke masjid, faqir miskin, dan lain-lain akan memberi kepuasan kepada diri kita sendiri terutamanya di dalam hati kecil kita ini yang sangat2.. Kepuasan yang amat sangat ini InsyaAllah akan dapat dirasai apabila kita dapat beramal dengan perasaan ikhlas fisabilillah..

Keperluan bersedekah dan amal jariah ini sebenarnya amat diperlukan dengan keadaan dalam negeri ini yang menunjukkan masih terdapat kekurangan dana bagi membantu menjayakan aktiviti khususnya berkaitan ISLAM… Terkenang akan lawatan ilmiah yang aku ikuti ke Singapura yang jika tidak silap hanya 12% sahaja penduduknya yang beragama ISLAM tetapi dengan semangat juang dan survival diri yang tinggi di kalangan masyarakat ISLAM di sana maka pendapatan masjid di sana khususnya yang diletakkan di bawah MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) adalah tidak kurang daripada $10,000.. Bukan RM tetapi dolar Singapura.. Dengan keadaan yang sedemikian, dapatlah diandaikan bahawa seseorang individu yang beragama ISLAM ini sebenarnya mempunyai kekuatan survival yang tinggi tetapi disebabkan di negara kita ini yang menunjukkan bahawa jatuh bangun sesebuah masjid atau surau adalah terletak di bawah kuasa Kerajaan tidak kira kerajaan negeri atau kerajaan pusat maka kebanyakan daripada kita hanya meletakkan harapan terhadap pihak ini..  

Fikirlah dengan sebaiknya kemana elaun atau selalunya dipanggil duit “PT”  oleh mahasiswa IPT ini agar setiap duit yang diterima digunakan dengan sebaiknya dan dapat membantu proses penyampaian dakwah bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi juga dalam kalangan umat Islam di sekeliling kita yang masih memerlukan.. Ingatlah bahawa usaha musuh Islam hampir berjaya dengan menyuntik hati umat Islam supaya memperhambakan duit atau seolah-olah menjadikan wang itu sebagai “berhala” di zaman Moden serba canggih ini.. Dengan kejadian perkara sedemikian tidak hairanlah sabda rasulullah yang pernah menyatakan bahawa umat Islam akhir zaman nanti akan ditimpa penyakit iaitu Penyakit Wahn (iaitu cintakan dunia dan takutkan mati).. Wal’iyazubillah..

 Hayatilah firman Allah di dalam AlQuran dengan sebaiknya ..

“Barangsiapa bersyukur padaKu, niscaya akan Kutambahkan nikmatKu. Dan barangsiapa kufur dari nikmatKu, sesungguhNya adzabKu sangatlah pedih”

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan perintahMu dan berikanlah aku kekuatan untuk menjauhi segala laranganMu serta berilah aku kekuatan agar segala yang diperkatakanku atau ucapanku dilaksanakan olehku dengan ikhlas keranaMu mudah-mudahan aku tidak tergolong antara manusia yang dilaknat olehmu yang menyatakan sesuatu tetapi tidak melakukannya serta masukkanlah aku dikalangan umat Nabi Muhammad yang syahid menegakkan kalimahMu..Amin..

Tiada ulasan: