4.1. Kesan Jangka Pendek
- Jika diwajibkan kita akan melihat kesan segera atau jangka pendek, pelajar akan belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mempelajari dan secara tidak langsung dapat menarik minatnya kerana mahu lulus dalam peperiksaan UPSR.
- Guru-guru pendidikan Islam juga akan bersemangat mengajar dan memberi tumpuan sepenuhnya dan turut bersaing dengan guru mata pelajaran subjek UPSR lain mempertingkatkan subjek masing-masing.
- Jabatan Pelajaran, Guru Besar dan pentadbiran sekolah akan mengambil perhatian subjek pendidikan Islam sama dalam hal ini. Sesetengah sekolah pada Tahun 6, subjek ini diganti dengan mata pelajaran lain supaya dapat memberi tumpuan kepada akademik semata-mata. Kadangkala guru pendidikan Islam bertolak ansur memandangkan pentingkan peperiksaan UPSR semata-mata.
- Ibubapa juga sudah pasti akan turut sama memberi perhatian terutama pelajaran agama ini, ibubapa sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan anak-anak dan maruahnya, selama ini ibubapa mengenepikan agama kerana tidak wajib dalam peperiksaan UPSR
- Apabila pelajar ini ke sekolah menengah ia akan lebih senang mempelajari kerana tumpuan telah diberi perhatian ketika sekolah rendah. Tajuk pelaaran atau bahagian yang lemah di sekolah rendah dahulu dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.
- Guru-guru pendidikan Islam di sekolah menengah akan mudah menangani dan mengenalpasti masalah pelajar berdasarkan prestasi dan tahap pencapaian di sekolah rendah.
- Melahirkan pelajar yang berakhlak dan mempunyai nilai sahsiah murni kesan penumpuan dari sekolah rendah lagi. Hasil ini dapat mengurangkan masalah sosial dikalangan pelajar remaja peringkat menengah dan universiti.
- Guru Pendidikan Islam juga dapat merancang dengan bersemangat dan tanggungjawab lebih bermakna; dianggap serampang tiga mata, akademik, agama dan nilai moral
- Melahirkan generasi cemerlang dalam akademik dan agama.
Pun begitu ia tidak mematah semangat sama sekali guru-guru pendidikan Islam, malah ia sebagai satu cabaran dan ujian dalam menyampaikan ajaran Islam. Cuma, kadangkala ada sebahagian kecil sahaja dikalangan guru agama tidak bersemangat juang, kerana merka juga manusia biasa ada kelemahan.
Kesan-kesan sampingan, apabila diwajibkan ia akan banyak manfaat dari pelbagai segi kepada pelajar, guru-guru, ibubapa dan masyarakat, pengiktirafan pendidikan agama Islam sama penting dengan mata pelajaran lain.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan