Sabtu, 5 November 2011

REVISION Solat Sunat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum wbt..

Daripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
 (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Alhamdulillah pada entry kali ni mu'allim (tukar gaya bahasa la plak)..erm.. mua'llim ingin berkongsi dengan semua pembaca blog "Cetusan Muallim" ini tentang salah satu daripada hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidiladha..Pada entry kali ni setelah lama menyepi mua'llim ingin berkongsi dengan pembaca bagi mengulangkaji beberapa perkara berkaitan Hari Raya Aidiladha termasuklah kaifiyat Ibadah Solat Sunat Aldiladha. Pada yang baru lagi belajar untuk bersolat seperti adik-adik juga bolehlah berusaha mempelajari tentang ibadah ini dengan membaca penulisan ini dan sekiranya terdapat mana-mana perkara yang sukar atau tidak difahami bolehlah bertanya pada Ustaz atau ibu bapa adik-adik..

Sebelum mu'allim berkongsi tentang beberapa kaifiyat Solat Sunat Aidiladha ini, mua'llim juga mencadangkan agar pembaca dapat membaca dan memahami tentang Sejarah Pensyariatan Perayaan Hari Raya Aidiladha ini di sini

Alhamdulillah sekiranya pembaca sudah memahami dan menghadam sepenuhnya tentang Sejarah Pensyariatan Hari Raya Aidiladha ini maka di sini mu'allim akan kongsikan sedikit panduan ringkas tentang Solat Sunat Aidiladha yang akan dilaksanakan nanti..

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha ini dilaksanakan oleh umat Islam dalam kesyukuran menyambut Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah setiap tahun Hijrah..

Waktu untuk mengerjakan Solat Sunat ini adalah setelah matahari terbit sehinggalah tergelincir matahari pada tengahari. Jadi sekiranya terdapat mana-mana masjid atau surau yang melaksanakan Solat Sunat ini terlalu awal (selepas Subuh) @ terlalu lewat (diakhir waktu sebelum Zohor), jangan pula ada yang mengatakan amalan itu bersalahan pula dengan agama. Kebiasaannya Solat Sunat ini dilaksanakan pada jam 8 - 10 pagi di Malaysia.

Bagi hukum untuk mengerjakan Solat Sunat ini pula ialah Sunat Muakkad (Solat Sunat yang sangat dituntut) bagi lelaki dan perempuan, sama ada yang bermukim mahupun musafir..

Takbir Hari Raya AidilAdha disunatkan mulai Malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah )..

Sebaiknya pada pagi Hari Raya ini setelah melaksanakan Solat Fardhu Subuh maka amalkanlah amalan sunat ini iaitu Mandi Sunat Hari Raya.

Setelah tiba di masjid, jangan lupa untuk meneruskan amalan sunat seterusnya iaitu Solat Sunat Tahiyyatul Masjid. Seterusnya, bertakbirlah secara berjamaah di dalam masjid dengan diketuai oleh imam..

Berikut merupakan Kaifiyat atau Kaedah Melaksanakan Solat Sunat Aidiladha yang hampir sama sahaja dengna Solat Sunat Aidilfitri yang disambut baru-baru ini :-


(1) Niat solat:



Lafaz niat. " Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" ( untuk solat seorang diri ).

" Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" ( jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat, sebelum takbiratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca Doa Iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.



(4) Membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-A'la (boleh digantikan dengan Surah lain yang mampu dibaca).

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ghasyiyah (boleh digantikan dengan Surah lain yang mampu dibaca).

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa.



(11) Berdoa

Setelah selesai Solat Sunat, hendaklah sama-sama duduk mendengar khutbah yang dibacakan oleh Khatib. Pada khutbah yang pertama, khatib bertakbir sebanyak 9 kali dan pada khutbah kedua khatib akan bertakbir sebanyak 7 kali..

Alhamdulillah selesai.. setelah itu kebiasaannya masyarakat Islam di Malaysia akan melaksanakan Ibadah Qurban sama ada lembu, kambing mahupun kerbau.. Bagi masjid di tempat mua'llim tinggal insyaAllah ada 3 ekor lembu yang bakal disembelih..jadi sama-sama cuba ambil peranan walaupun tidak dapat bersama-sama melapah daging korban sekurang-kurangnya hadir ke tempat melapah untuk melihat ibadah ini dilaksanakan sambil bertakbir dan bertahmid membesarkan Allah pada hari yang Mulia ini..

InsyaAllah.. :)





p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.. 
Hayati Sirah Nabi, Ikut Sunah Nabi , Tanda kita sayang Nabi..

Berkorbanlah Demi ISLAM..

Sabtu, 16 April 2011

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah setelah lama menyepi blog ni, masanya hadir kini dalam usaha untuk terus menjadikan blog ni sebagai salah satu daripada medan dakwah dan diharap terutamanya diri ini seterusnya insan yang menjadikan pengisian blog ini sebagai rujukan di alam maya mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya.. Walaupun diri ini sebenarnya tidaklah sehebat mana seperti penulis blog yang ramai follower @ yang sering dikunjungi tetapi atas rasa sedikit tanggungjawab atas diri ini yang tahu menggunakan medium ini sebagai dakwah maka insyaAllah dengan sedikit ilmu yang ada ini akan dikongsikan bersama-sama..


Dalam kesempatan ini, insyaAllah saya akan berkongsi tentang beberapa adab yang digariskan oleh Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali Rahimahullah tentang adab belajar.. Semoga dengan sedikit ilmu ini dapatlah diaplikasi dan diabadikan dalam kehidupan kita..


Menurut Imam Ghazali terdapat 20 adab belajaryang digariskan oleh beliau iaitu:


Gambar Hiasan
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan mengikut jantina yang dibenarkan oleh syara'. Bagi saya, perkara pertama ini sangat penting dalam usaha untuk memberi penghormatan yang tinggi kepada guru yang sudah pasti banyak memberikan tunjuk ajar dan ilmu kepada kita. Bagi pelajar sekolah rendah, adalah sesuatu yang amat baik sekiranya guru teruskan amalan bersalaman dengan mereka dalam usaha untuk merapatkan hubungan guru dan murid di sekolah seterusnya mewujudkan suasana yang 'sporting', harmoni dan menyeronokkan.

2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Hal ni juga tak kurang pentingnya sebab kalau murid je yang banyak bercakap daripada guru.. Siapa yang nak dengar kalau dua-dua pihak bercakap?.. Alamatnya gagallah suatu yang dinamakan "komunikasi". Check maksud komunikasi?.. sini-sini..


3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. "Cikgu..cikgu.. bla..bla..bla..bla..".. "Ada saya tanya tak?.. so tak boleh ke kalau angkat tangan kalau nak tanya??..kan lebih sopan.. :) lepas tu kalau guru bagi peluang barulah bercakap.. tapi yang banyak berlaku sekarang ni,apabila guru tanya apa yang dibualkan..terus senyap.. hurm..


4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.


5. Jangan menyangkal kata-kata guru.


6. Jangan mengumpat pelajar lain.


7. Jangan berbisik di hadapan guru.


8. Jangan berpaling kiri dan kanan.


9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.


10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).

Berdiri apabila guru tanya ye..

11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.


12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.


13. Jangan duduk tempat guru.


14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.


15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.


16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.


17. Muliakan anak-anak guru.


18. Selalu berhubung dengan guru.


19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.


20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu. 


Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid tanpa mengira usia kerana selagi ada murid maka adalah guru...


Semoga mendapat pengajaran..  
Wallahua'lam..


Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud- 

Isnin, 22 November 2010

Antara Dua : HALAL @ HARAM..




Salam Mujahadah

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
·         1) McDonald
·         2) A&W
·         3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
·         1) Victoria Station
·         2) Kam Lun Ta
·         3) Lotus Family Restoran  

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
·         1) San Francisco Steakhouse
·         2) Chicken Rice Shop
·         3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM . Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Tinggalkan perkara yg meragukanmu menuju kepada perkara yg tidak meragukanmu kerana kejujuran itu adalah ketenangan di hati sedangkan kedustaan itu adalah keraguan.”
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
 (Surah An-Nahl ayat 114)
Wallahua'lam
Kredit kepada blogger



Alhamdulillah aku terjumpa satu laman yang sudah menyatakan beberapa dalil daripada Al-Quran yang menyatakan perkara melibatkan makanan dan minuman..
Semoga kita mengambil iktibar..

MAKAN APA YANG DIBOLEHKAN –  2:1685:885:935:9622:30.

MAKANAN YANG DILARANG –  2:1735:36:14516:115.

SEBUT NAMA ALLAH KETIKA HENDAK MAKAN – 6:1186:1196:121.

JANGAN MENGHARAMKAN APA YANG DIBOLEHKAN – 5:8710:5916:3516:116.

Kredit kepada sumber

Bagi mendapatkan kesahihan tentang aspek ini lebih mendalam bolehlah merujuk halaman ini..