Selasa, 16 November 2010

Antara Sifat Mahmudah...

Salam Mujahadah,

     Terlebih dahulu aku ucapkan syukur setinggi-tinggi ke hadrat Allah SWT sebab terus memberi peluang untuk mengupayakan aku untuk menarik dan menghembus nafas di muka bumi ni.. tanpa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah bagaimanalah kita nak hidup di dunia ciptaanNya ni kan??.. Tak kira bangsa apa pun kita, agama apa pun kita, hutan banat mana pun kita duduk tapi Allah masih dapat menunjukkan sifat pemurah dan penyayangnya.. Alhamdulillah..

     Baru-baru ni aku ada dengar satu ceramah agama yang biasanya disiarkan di Radio Perak.fm  kat Perak (tempat kelahiran aku,kome lak?).. aku suke dengar salah satu daripada pengisian yang disampaikan oleh sorang Ustaz yang memberikan kuliah pada masa tu.. Dalam gelak ketawa hadirin yang sedang mendengar ceramah tu, beliau sempat memberikan sedikit peringatan atau pun tazkirah (lebih kurang) untuk mereka yang berhasrat menjadi Tuan Guru (atau dalam bahasa yang mudah faham – mereka2 yang berhasrat menjadi guru/pemberi kuliah di masjid atau surau atau kat mana-mana pun).. Aku sedar yang aku pun bukanlah seorang yang berbakat kalau ada orang yang jemput bagi ceramah (ad eke?.. perasan je aku ni) tapi ada 3 perkara la yang sempat aku catat dalam nota aku.. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ni dapat memberi /membuka jalan kepada mereka yang sehingga kini berusaha untuk menjadi pengkuliah/ penyampai kuliah bahkan kalau nak dikirakan bahasa yang senang  jadi muallim/guru (orang yang menyampaikan ilmu).. x kira ajar siapa pun sekiranya kita ada menyampaikan ilmu kat orang lain maka kita merupakan guru kepada orang berkenaan..

Gambar Hiasan

     1st sekali ustaz ni kata kalau kita nak jadi guru kita mesti seronok.. maksud seronok ni x kira la seronok dari segi gaya percakapan, ayat @ bahasa yang digunakan sesuai dengan sasaran orang yang sedang mendengar kuliah.. 1 aspek yang aku tengok pada ustaz ni ialah beliau gunakan bahasa @ longhat tempat yang diajar..cam contoh kalo kat perak ni memang banyak gune “slang” Parit la kan.. yang kebanyakan orang kat Ipoh memang berasal daripada Perak Tengah (ni apa yang ibu dengan ayah aku cakap) kebenarannya??..kaji sendiri..

     2nd kalau kita nak jadi guru / yang lebih sesuai untuk yang kedua ni iaitu guru yang mengajar di masjid/surau kita janganlah cuba untuk pecah-belahkan jemaah masjid tempat yang kita mengajar tetapi cuba untuk jadikan 1 hati ataupun bersatu-padu jika tempat berkenaan sedang dalam keadaan yang kurang selesa kampungnya.. ini tugasan guru yang mengajar iaitu menyatupadukan masyarakat lebih-lebih lagi sesame orang Islam..  Dalam satu hadis Nabi yang antaranya menyebut, “Barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan umatku maka dia bukanlah dari kalangan mereka” ataupun dalam satu riwayat lain bermaksud “Barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan umatku maka dia bukanlah dari kalangan umatku”.. Maka jadikanlah diri setiap guru yang akan pergi kemana sahaja untuk menyampaikan ilmu tak kira masjid,surau bahkan sekolah sebagai agen perubahan yang dapat mengeratkan serta menyatukan silaturrahmi sesama umat Islam.. InsyaAllah Islam terus dipandang mulia..

     3rd atau yang ketiga.. yang terakhir ustaz tu kata sebagai penyampai ilmu terdapat banyak disiplin ilmu yang perlu dikfahami oleh mereka yang menjadi guru/ penyampai ilmu lebih-lebih lagi antara yang penting untuk diutamakan adalah memudahkan pemahaman orang yang diajar.. Sebab itulah pentingnya bagi seorang penyampai ilmu itu untuk mengetahui latar belakang jemaah tempat beri kuliah, dari kalangan orang yang muda,veteran atau sama banyak agar memudahkan guru bersedia untuk menyampaikan ilmu mengikut taraf kefahaman sesuatu jemaah berkenaan..

       Akhirnya usaha anda atau lagi penting kita untuk mewujudkan umat Islam yang bersatu-padu dan bersedia menempuh sebarang ujian yang melanda atas  dengan bantuan Allah serta yakinlah bahawa dengan terbentuknya masyarakat yang berilmu agama yang tinggi sebenarnya juga dimulakan daripada ilmu yang disampaikan dan diaplikasikan dalam kehidupan sesuatu jemaah berkenaan.. InsyaAllah.. Yakinlah wahai manusia bahawa Islam akan menang sepertimana yang telah dicatatkan dalam al-Quran tentang kemenangan Islam terhadap tentera Rom dan Parsi begitu jugalah akan datang masa kemenangan Islam cuma yang menjadi penentuan akan kemenangan itu hanyalah masa dan zaman..

Wallahu’alam..

“Salam Aidiladha daripadaku Hamba yang Hina ini kepada seluruh umat Islam yang akan menyambutnya”

“Berkorbanlah untuk agama Islam yang dijamin selamat dunia akhirat kerana pengorbanan yang besar menuntut kefahaman ilmu yang mendalam ke atas sesuatu jemaah”
Firman Allah s.w.t, pada surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Memang betul kalau nak jadi guru perlu ada beberapa contoh sifat yang atas ni..tetapi sebagai mereka yang bergelar “murid” pula kena jaga akhlak semasa kuliah disampaikan, jangan tau cari guru yang seronok.. last2 seronok dari mula sampai tamat.. ilmu apa pun tak dapat..ilmu idea melawak je.. moga sama-sama beringat..
Teringat 1 kisah pada zaman Nabi, iaitu ada seorang sahabat ni cuma datang sekejap je dalam setiap majlis ilmu yang Rasulullah anjurkan.. akhirnya ada sahabat lain yang bertanyakan pada sahabat Nabi yang seorang ni sebab apa hang datang sat ja dalam kuliah yang dihadiri selama ni??.. (x de r dalam bahasa ni..tentu bahasa arab) jadi sahabat Nabi ni pun kata yang dia hadir sekejap je dalam majlis ilmu kerana apabila mendapat 1 amalan yang diberitahukan dia pulang dahulu kerumah untuk amalkan..
MasyaAllah mujahadahnya sahabat Nabi ini.. kita pula bagaimana?..

Selasa, 9 November 2010

Ujian duniawi terus melanda..

    Salam Mujahadah,

  

     Jangan terkejut jika dikata tentang ujian duniawi lebih kepada konteks ujian gempa bumi, banjir, tanah runtuh dsb.. tetapi jika disisip lebih mendalam ujian duniawi melingkupi keseluruhan dalam kehidupan yang Allah takdirkan dalam setiap diri manusia ni sebelum seseorang manusia itu dilahirkan dimuka bumi ini... Jika dengan lebih spesifik untuk dikatakan ialah ujian atau peperiksaan yang semestinya sedang dihadapi oleh sejumlah besar pelajar tidak kira dalam bidang apa jua sekalipun sama ada yang sudah hampir tamat, sedang berjalan (stress!!) atau yang baru nak bermula (spt SPM).. tetapi janganlah terlalu dirisaukan sesuatu ujian atau peperiksaan ni dengan mengabaikan hak-hak kita sebagai 'abdullah seperti SOLAT, BACA AL-QURAN, MENJAGA STATUS DIRI KITA SEBAGAI SEBAIK2 KEJADIAN dan sebagainya yang tidak ingin tidak mesti dijaga, diperbaiki dan disiram dengan rapi dengan segenap kehidupan kita..


     "Nak baca yang mana nie??.. Betul ke yang ni keluar?? Betul ke yang ni masuk??.. Boleh ke dapat keputusan yang best macam mak bapak aku nak??.. ayat-ayat macam ni mungkin sering difikirkan dan berlegar-legar dalam otak kita ni tambah-tambah menjelang musim demam peperiksaan yang melanda.. Jika kita memikirkan secara logik pun sebenarnya kita sepatutnya sudah bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi untuk mendepani cabaran ujian duniawi ni dengan jayanya.. Ni haa.. nak bawak mai 1 contoh seperti pasukan bola sepak sudah tentu akan memulakan latihan, perlawanan persahabatan dan sebagainya bermula dari awal tahun lagi bagi membiasakan diri dengan perlawanan sebenar dan tidak gugup (gulp!) - (telan air liur sebab terkejut), persiapan dari segi kekuatan fizikal dengan larian dengan masa yang singkat, tekan tubi yang cukup dan sebagainya perlu bagi menyediakan diri dalam setiap perlawanan yang disertai... kalau dari segi mental pula tidak terlepas bagi seorang pemain bola ni untuk meninjau keadaan padang, tempat di mana perlawanan bakal berlangsung, dan sebagainya bagi membuat analisis awal tentang keadaan yang perlu diri kita sediakan dengan mental yang sesuai, dan yang last skali dari segi emosi pula, dah tentu ada juga keperluan untuk belajar stratregi untuk mengawal emosi masa berada di dalam padang, bukan sekadar mendengar nasihat jurulatih tetapi perlu juga disepadukan dengan suasana di sekeliling padang dengan melihat keperluan siapa lawan yang bakal ditentangi (sekiranya lawan tu main kasar je tau, maka kita pun kena main "fairplay" dalam usaha menyeimbangkan emosi masing-masing yang sure tak tentu arah), 1 lagi yang amat penting adalah permintaan daripada Pencipta diri kita ni supaya memberikan keputusan yang terbaik dalam perlawanan berkenaan (tanpa pergantungan kepadaNya siapa kita??.. siapa kita?.). itu serba sedikit tentang persediaan yang perlu bagi pemain bola sepak harus tau supaya keadaan sepanjang perlawanan 90 minit adalah dalam keadaan yang tenang, selesa dan baik.. (cadangan semata-mata dari kaca mata penulis)


     Nah, apa kata kalau dalam persediaan seorang pemain bola sepak cam cerita kat atas ni kita aplikasikan pulak dalam menempuh ujian atau peperiksaan yang kita bakal tempuh ni.. insyaAllah dengan mempersiapsiagakan diri kita dengan ketiga-tiga aspek ni dapat membawa kita kepada kejayaan yang lebih cemerlang bukan cuma berjaya di dunia sahaja tapi akhirat yang merupakan tempat yang kekal abadi.. Jadi untuk memberikan fungsi sebenar otak dalam diri kita maka saya menyeru diri dan kalian untuk meletakkan diri kita sebagai pemain bola sepak berkenaan dan menjadikan ketiga-tiga aspek yang disebutkan tadi sebagai salah satu daripada kayu pengukur dalam menempuh ujian dan peperiksaan yang dihadapi pada masa  kini.. Apakah kita sudah bersedia dalam ketiga-tiga aspek berkenaan??.. Tepuk dada, tanya Iman.. bukan tanya selera.. sebab selera sering dikatikan dengan nafsu yang menjadi musuh utama manusia...
      
     Oh ya.. dalam keadaan diri ni mempersiap sediakan diri dengan ujian duniawi ni, saya terperasan sebuah kata-kata yang insyaAllah mampu memberikan kekuatan yang meliputi ketiga-tiga aspek yang saya nyatakan sebelum ni setelah disulami dengan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul dalam kehidupan kita ini.. Dengan kata lain, lebih kurang seerti dengannya ialah petua bagi mendapat keberkatan dalam menduduki peperiksaan atau ujian. Walaupun ujian berkenaan adalah duniawi tetapi sekiranya kita meletakkan sasaran kita adalah mencapai mardhatillah maka Allah akan membantu kita dalam merealisasikan impian kita bergelar Full time muslim atau dalam bahasa yang mudahnya ISLAM dalam segenap aspek kehidupan kita...


Petua Pertama----------


Memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru sebelum menduduki peperiksaan atau ujian.Melihatkan betapa pentingnya tiga individu ini dalam kehidupan seseorang pelajar maka meminta maaf dan meminta restu mereka ini sangat penting dalam usaha agar segala usaha dan perhatian mereka ini dalam memastikan pelajaran yang diperoleh oleh seseorang pelajar ini adalah berkat lagi mendapat rahmat. So, jangan lupa minta maaf pada mereka-mereka ini.. kerana tanpa kemaafan dan keredhaan mereka maka jauhlah kita daripada bantuan dan rahmat Allah dalam menduduki ujian atau peperiksaan.. "Cikgu, saya mintak maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki" atau "cikgu, saya minta maaf tulus ikhlas dari hati ini".. tidak perlulah terlalu bersusah payah mencari hadiah (bagi yang kurang mampu), bagi menunjukkan tanda kita ikhlas tetapi cukuplah sekadar permintaan MAAF itu terpacul dari mulut kita yang ego ini kepada mereka-mereka yang berjasa ni..


Petua Kedua---------


Mengambil air sembahyang atau dalam istilah yang biasa digunakan (dalam bahasa arab) wudhu ketika hendak memasuki atau menduduki peperiksaan atau ujian.. Dengan mengambil wudhu', insyaAllah hati, jiwa dan raga kita akan merasa lebih tenang, senang dan dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan lebih-lebih lagi dengan niat kita belajar dan menduduki ujian kerana Allah..


Petua Ketiga----------


Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan. Untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah maka dengan memulakan langkah dengan kaki kanan akan meningkatkan keyakinan kita serta membenarkan dalam hati kita bahawa Allah menyukai sesuatu perbuatan yang baik itu dengan dimulakan dengan kaki kanan...


Petua Keempat--------------


Memulakan menjawab soalan ujian atau peperiksaan dengan membaca Bismillah..
Dengan memulakan menjawab ujian dengan bismillah maka insyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita lebih-lebih lagi untuk memberikan kekuatan kepada kita untuk mengingati kesemua pelajaran yang diperoleh di mana sahaja kita menuntut ilmu yang merupakan secebis atau lebih tepat sebesar atom daripada ilmu Allah yang maha luas... dan sebelum tamat jangan lupa untuk menyebut Alhamdulillah.. semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik untuk diri kita dan meningkatkan syiar Islam diatas kejayaan kita.. amin..


Petua Kelima-------------------


Membaca Surah Al-Syarh @ Al-Insyirah (الإنشراح) iaitu ayat lazim yang dimulakan dengan Alamnasyrah lakasodrak... sebanyak sepuluh kali sebelum menjawab soalan ujian atau peperiksaan.. Dengan membaca surah ini, insyaAllah Allah akan memberi ketenangan dan keselesaan dalam diri kita sepanjang menduduki peperiksaan serta mempermudahkan kita mendapat ilham tentang jawapan yang terbaik..


Petua Keenam-------------------


Memperbanyakkan doa memohon kepada Allah. Dalam usaha mendapatkan keputusan yang cemerlang, doa merupakan satu daripada perkara terpenting selain berusaha untuk memahami segala pelajaran yang akan diuji di dalam peperiksaan atau ujian. Dengan berdoa, kita dapat menurunkan sikap keakuan atau ego yang ada dalam diri ini dengan mengatakan contohnya "Kalau aku tak belajar, mana boleh berjaya" atau "Dengan belajarlah aku berjaya"...bla3... nauzu billah hi minzalik.. semoga kita tidak tergolong dalam manusia yang dilaknat Allah kerana sombong akan sesuatu yang bukan miliknya itu.. Terdapat juga dalil dalam Al-Quran yang bermaksud " Berdoalah nescaya aku akan makbulkan".. Sekiranya kita mendapat keputusan yang kurang baik bukanlah bermaksud doa kita tidak dikabulkan atau dimakbulkan tetapi cubalah kita semak dalam diri kita mana tau terdapat mana-mana kesalahan atau perbuatan kita yang menyebabkan doa yang kita pinta dihijabkan oleh Allah atau sebagai tanda bahawa Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik lagi pada masa akan datang.. InsyaAllah..


" Selamat Menduduki Peperiksaan atau Ujian Akhir pada semua yang sedang menghadapinya"
Semoga dengan sedikit ujian ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepadaNya

Ujian duniawi terus melanda.. tetapi jika ujian itu diniatkan kerana Allah maka hasil daripada ujian itu akan dibawa ke akhirat kelak..
Kata-kata pujangga----- 

  • Ilmu adalah panduan, harta adalah alat. Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan. (Hukama')
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.. (HAMKA)

Nafsu  : Baca je untuk exam sudah...
ILMU : Aku ni kalau tak amal hilanglah nanti...
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali :  ILMU ITU TIDAK BERMANFAAT KECUALI BILA SUDAH DIAMALKAN

Selasa, 2 November 2010

Pabila ujian Allah mendatangi..

Salam Mujahadah,

     Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Nama Penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda, tabiin, tabii’ tabiin dan seluruh umat Islam sekalian..

     Lama sungguh blog ni x diupdate.. sejak 2 bulan yang lepas blog ni senyap sunyi tidak diupdate.. smoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan perjuangan di alam nyata walaupun tidak menulis di alam maya ini..

     Sepanjang tidak menulis ini, terlalu banyak ujian dan cabaran yang aku terima dalam usaha bergelar hamba Allah yang redha dan syukur ke atasnya.. Semoga segala ujian dan cabaran yang aku terima menjadi kafarah kepada segala dosa-dosa aku yang terdahulu… amin..

     Ucapan ribuan terima kasih juga kepada para sahabat yang memberi aku kekuatan dan semangat agar terus berjuang di muka bumi Allah yang penuh dengan onak duri ini.. tidak kira kepada sahabat yang memahami atau tidak tentang perkara yang terjadi dalam diri ini tetap juaga aku mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan, sokongan dan dorongan agar diri ini serta sahabat terus thabat dalam memartabatkan kalimah Allah.. Antara kata-kata yang masih lagi diingati sehingga kini daripada salah seorang sahabat ialah “Sabar syahir.. ujian ini menandakan bahawa Allah peduli dengan diri enta..”
     
     Alhamdulillah sedikit sebanyak kata-kata ini dapat mengubat hati yang berkecamuk dan celaru pada mulanya.. diri ini semakin hari dapat memahami dan mengira akan pentingnya memiliki sifat redha dan syukur dengan segala ujian sama ada ujian nikmat mahu pun kesusahan..

     Aku juga berusaha dari sehari ke sehari untuk memujuk diri ini bahawa segala apa yang ada di sekeliling dalam kehidupan seorang hamba ini sebenarnya “pinjaman” semata-mata daripada Pencipta kita dan tidak mustahil sama ada sesuatu yang disayangi bahkan yang yang kurang disayangi jua boleh “ditarik” oleh Allah.. Semoga diriku redha dan terus berusaha mendapatkan keberkatan dan redhaNya selama hidup di alam dunia ini..

     Sebelum aku mengakhiri coretan pada kali ni, aku ingin berkongsi beberapa ilmu yang boleh diamalkan sekiranya masalah atau tragedi yang menimpa hidupku ini berlaku dalam kehidupan para sahabat sekalian.. semoga mendapat manfaat.. sekalipun segala ikhtiar termasuk doa yang kita pinta daripada Allah masih jua tidak mengembalikan kepunyaan kita maka berserahlah kepada Allah yang Maha Mengetahui sesaat dihadapan kita kelak..



Amalan Doa apabila Kehilangan Barang:
  1. Membaca Yasin dengan perhentian pada 7 Mubin..
  2. Mengadakan solat hajat dengan bacaan pada rakaat pertama ialah dengan membaca ayat di dalam Surah Al-Hadiid ayat 1 hingga 6. Manakala bagi ayat pada rakaat kedua ialah membaca ayat Surah Al-Hasyr ayat 21-24.
  3. Berdoalah agar dipertemukan dengan barangan yang hilang semasa sujud di rakaat terakhir.
  4. Selepas bersolat berdoalah agar dipertemukan dengan barang yang hilang serta mengamalkan doa.


اَلَّلهُمَّ يَا هَادِيَ الضَّلاَلِ, وَيَا رَآدَّ الضَّآلِّ, رُدْ اِلَيَّ ضَآلَّتِي فَاِنَّهَا مِنْ عَطَاءِكَ وَإِحْسَانِكَ, يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Bermaksud: Ya Allah, engkaulah tuhan yang member petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuaanya. Ya Allah, kembalikanlah barang saya dan barang-barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberianMu kepada hambaMu. Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani..

InsyaAllah jika ditakdirkan Allah barang  yang hilang berkenaan akan diketemukan..

Jangan lupa juga untuk terus mengamalkan Doa agar ditetapkan dan diteguhkan iman:

الَّلهُمَّ يَا مُقَلِبَ القُلُوب ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِك, اَلّلهُمَ يَا مُصَرِّفَ القُلُوب صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ..
Wallahua’lam..

Hati : Asyik aku je yang diberi ujian..orang lain ok je..seronok..
Iman : Tu tandanya Allah mempedulikan kita.. syukur kerana Allah memilih kita untuk diuji dan berusaha serta redhalah akan pemberianNya..

Kata-kata hikmah : "Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin, dan syurga bagi orang Kafir
Pabila ujian Allah mendatangi.... tanda Dia Mempeduli.. siapalah kita tanpa keredhaanNya..