Sabtu, 10 Julai 2010

KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS




1."Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim" 
Tafsirannya: 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. 



2. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 

3. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w : 
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

4.Sabda Rasulullah S.AW yang bermaksud: 
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. 

Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. 
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 



5. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 
  Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. ** 
Sabda Rasulullah SAW lagi: 
  
6. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. InsyaAllah..
 
Selamat Beramal..


" Ya Allah jadikanlah al-Quran sebagai syafaat kepadaku di akhirat kelak"

Khamis, 8 Julai 2010

Makluman sahabat PA2 dan PraSekolah..

Gambar Hiasan


SENARAI AHLI JAWATANKUASA
BIG SIRI __ /2010
"ANAK ANGKAT DAN KHIDMAT MASYARAKAT"
(LATEST)


Pengerusi                              : Muhammad Syahir bin Abdul Halim

Naib Pengerusi                     : Nurul Izzati bt Shamsuddin

Setiausaha                            : Nur Fazeera bte Mohd Fadzil

Naib Setiausaha                   : Mohd Johadi bin Saari

Bendahari                              : Nur Diyanah bt Mat Jabil


Naib Bendahari                     : Muhamad Faiz bin Osman

AJK Pengangkutan                : Faizah bt Ismail
                                                  Nadhirah bt Abdul Jalil
                                                  Nor Azma bt Mohd Zain

AJK Makanan                         : Azlia Syakiela bt Mohd Yusof
                                                   Ku Norashikin bt Halim
                                                  Siti Khuzaimah bt Zainul Abiddin
                                                 

AJK Cenderamata                 : Nurul Faiza bt Roslan
                                                    Nurul Athirah bt Mustapha
                                                    Soifatul Husna bt Mohamad Rapeai
                                                  

AJK Keselamatan                  : Aziza Nurul Suhaidatina Aisya bt Abd Aziz
                                                  Nazihah bt Burhanudin
                                                  Nurul Hana bt Daud
         
AJK Peralatan                        : Mohd Husni bin Hj Mahamad
                                                   Norliyana bt Ishak
                                                 

AJK Slot Moral/PA                 : Mohamad Hisyam bin Ismail
                                                    Shahira bt Ramli


AJK Dokumentasi                  :Quwwatun ‘Aqilah bt Mohamad
                                                  Marha bt Mairop
                                                  Syafiqah Nawiyah bt Suhimi
                                                 

AJK LDK                                : Amirul Hafidzi bin Mohamad Zin
                                                   ‘Aqilah Najwa bt Mohd Khalid
                                                 
                                                 
AJK Penginapan                    : Mohd Azri bin Jamili
                                                    Nur Syazwanni bt Idris

AJK Khas                               : Mohamad Faizuldin bin Md Lasim
                                                  Nur Mahirah bt Abd Jalil


AJK Protokol                          : Abdul Mukmin bin Kamaruddin
                                                  Muhammad Khairul Anwar bin Ishak
                                                  Nor ‘Atikah bt Zulkifli
                                                  

AJK Buku Program                : Anis bt Zakaria
                                                  Nur Suzila bt Bharudin
                                                  Nur Syahida bt Mohd Yusoff

AJK Banner                            : Syaiful Adzreen bin Abdul Rahman
                                                  Nur Farhana bt Ismail

Hadis Nabi Muhammad SAW:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan mestilah bertanggungjawab di atas kepimpinan kamu. Seorang pemimpin (ketua) yang memimpin orang ramai adalah bertanggung jawab di atas kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dan bertanggungjawab dalam urusan rumah tangga suaminya. Anak bertanggungjawab ke atas urusan ibu bapanya. Hamba bertanggungjawab atas harta tuannya. Ketahuilah! Sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas kepemimpinan kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rabu, 7 Julai 2010

Sunnah Kekasih Allah.. Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم)

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :


Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)





Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."





Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)






Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)


Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
















Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)








Wahai ansorullah,marilah sama-sama kita merenung dan berusaha melaksanakan beberapa sunnah kekasih Allah Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan kita akan tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad di akhirat kelak.. InsyaAllah..




Teringat akan suatu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Al-Baihaqi:

 من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد   
Maksudnya :  "Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku ketika kerosakan umatku maka baginya pahala seratus orang mati syahid"

'Ya Allah,berikanlah aku,sahabatku,saudaraku kekuatan untuk melaksanakan sunahMu walaupun satu tetapi beristiqamah dalam mengerjakannya' 
 Credit to : SabahDaily