Isnin, 12 April 2010

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…...???

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan :..

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jikatidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididikdengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yangpintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik danselalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan olehorang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknyaitu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai kerashatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencarirezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nantidia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

********************************************************************
p/s : pandangan di atas hanyalah merupakan pandangan orang-orang tua dizaman dahulu dan tidak semestinya tepat kerana tiada hadis sahih berkenaan fakta di atas kerana Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah suci ibarat kain putih, maka ibu bapalah yg mencorakkannya samada menjadi Majusi, Yahudi atau nasrani.."
 
Dikongsi daripada: ISLAM MY WAY OF LIFE

Jumaat, 9 April 2010

Peningkatan Gejala Sosial Di Malaysia

Dipetik dari: Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Beberapa minggu yang lalu,masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan berita peningkatan kes gejala sosial seperti kelahiran anak luar nikah di kalangan remaja muslim. Suatu pendedahan yang membuka mata masyakat ini telah melahirkan bermacam-macam respon dari pelbagai pihak.

Ada yang menyalahkan sistem pendidikan negara dan ada juga yang mempertikaikan peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Semua pendapat yang dikeluarkan tersebut mungkin ada benarnya kerana perkara ini tidak mungkin akan berlaku jika hanya disebabkan oleh satu sebab sahaja, ia merupakan natijah kepada gabungan beberapa faktor yang mempengarui keruntuhan institusi sosial di negara ini.

Namun, apa yang cuba difokuskan di dalam artikel ini adalah, sejauh mana sistem pendidikan Islam di negara ini menyumbang kepada masalah tersebut. Beberapa persoalan perlu dirungkaikan dalam membicarakan mengenai perkara ini. Antaranya ialah :


Adakah silibus pendidikan islam di negara ini tidak sempurna?


Adakah pendekatan pengajaran pendidikan  di negara ini tidak sesuai dan tidak memberi impak berkesan di hati pelajar?


Atau mungkinkah berlakunya peng’anak tiri’an terhadap matapelajaran pendidikan Islam di Institusi-instusi pendidikan di seluruh Malaysia?



Pada pendapat penulis, silibus pendidikan Islam yang diguna pakai di Malaysia ini tidaklah terlalu sempurna tetapi ia masih cukup untuk menghasilkan impak positif ke atas diri pelajar jika dilaksanakan secara sempurna iaitu melalui pendekatan academic-based dan life-based. Pendekatan pengajian Islam di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan formal di Malaysia yang kebanyakannya berorientasikan academic-based, telah hanya melahirkan insan-insan yang memperolehi A++++ di dalam peperiksaan mereka tetapi tidak di dalam kehidupan mereka. Oleh itu, penyemakan kurikulum pendidikan di Malaysia tidak hanya perlu memfokuskan kepada penyemakan silibus sahaja, malahan ianya perlu juga disemak di peringkat perlaksanaannya juga.

Kekurangan ketara yang terdapat di dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia adalah dengan ketiadaan pengajian atau didikan susulan berkaitan pendidikan Islam di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia ini. Hakikatnya, ketika di usia remaja ini lah, para mahasiswa memerlukan pendidikan yang lebih mendalam dan pengawasan yang lebih ketat terhadap pengamalan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan mereka. Ketiadaan pendidikan susulan ini menyebabkan kebanyakan remaja atau mahasiswa kehilangan tempat rujukan dan panduan. Oleh itu, penyemakan kurikulum pendidikan Islam di IPT perlulah diwujudkan dan dikemaskini menurut perspektif semasa.

Penganaktirian  terhadap matapelajaran pendidikan Islam berbanding matapelajaran yang lain merupakan suatu isu yang telah lama dibangkitkan oleh kebanyakan insan yang prihatin terhadap masa depan anak bangsanya, namun begitu, tidak banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membetulkan konsep ini. Pemisahan kehidupan ukhrawi dan duniawi yang ketara di dalam sistem pendidikan masa kini telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam akademiknya tetapi kecundang di dalam pembentukan sahsiahnya. Sistem pendidikan di Malaysia banyak melahirkan para saintis, ilmuwan, doctor, dan ahli falsafah yang terkemuka, tetapi ia sangat sedikit melahirkan para saintis mu’min, ilmuwan mu’min, doktor mu’min, ahli falsafah mu’min dan lain-lain bidang profesional yang mempunyai kualiti seorang ilmuwan dan juga seorang hamba Allah S.W.T.

Justeru itu, penyemakan semula terhadap sistem pendidikan Islam negara dan perlaksanaannya di dalam masyarakat sangat perlu dilakukan sebagai nilai tambah di dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan gejala sosial di muka bumi Malaysia tercinta ini. InsyaAllah..