Jumaat, 18 November 2011

10 Wasiat Murabbi Agung

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt &  Salam Perjuangan..

InsyaAllah didalam sedikit kesempatan dan peluang yang ada ni, mu'allim ingin berkongsi dengan semua sahabat Mua'llim tentang 10 wasiat yang ditinggalkan oleh salah seorang Murabbi atau Tokoh yang amat dikenali ramai sebagai tokoh gerakan Islam abad ke20.. sekiranya berkesempatan Mua'llim akan berkongsi tentang Sejarah Kehidupan Murabbi Agung ini pada masa akan datang.. 


As-Syahid Imam Hasan al-Banna
1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..


Share daripada SINI..

Pesan Mua'llim : Tak dapat buat semua jangan tinggal semua :) Semoga sama2 dapat amalkannya..InsyaAllah..
Kata As-Syahid
"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

Sabtu, 5 November 2011

REVISION Solat Sunat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum wbt..

Daripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
 (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Alhamdulillah pada entry kali ni mu'allim (tukar gaya bahasa la plak)..erm.. mua'llim ingin berkongsi dengan semua pembaca blog "Cetusan Muallim" ini tentang salah satu daripada hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidiladha..Pada entry kali ni setelah lama menyepi mua'llim ingin berkongsi dengan pembaca bagi mengulangkaji beberapa perkara berkaitan Hari Raya Aidiladha termasuklah kaifiyat Ibadah Solat Sunat Aldiladha. Pada yang baru lagi belajar untuk bersolat seperti adik-adik juga bolehlah berusaha mempelajari tentang ibadah ini dengan membaca penulisan ini dan sekiranya terdapat mana-mana perkara yang sukar atau tidak difahami bolehlah bertanya pada Ustaz atau ibu bapa adik-adik..

Sebelum mu'allim berkongsi tentang beberapa kaifiyat Solat Sunat Aidiladha ini, mua'llim juga mencadangkan agar pembaca dapat membaca dan memahami tentang Sejarah Pensyariatan Perayaan Hari Raya Aidiladha ini di sini

Alhamdulillah sekiranya pembaca sudah memahami dan menghadam sepenuhnya tentang Sejarah Pensyariatan Hari Raya Aidiladha ini maka di sini mu'allim akan kongsikan sedikit panduan ringkas tentang Solat Sunat Aidiladha yang akan dilaksanakan nanti..

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha ini dilaksanakan oleh umat Islam dalam kesyukuran menyambut Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah setiap tahun Hijrah..

Waktu untuk mengerjakan Solat Sunat ini adalah setelah matahari terbit sehinggalah tergelincir matahari pada tengahari. Jadi sekiranya terdapat mana-mana masjid atau surau yang melaksanakan Solat Sunat ini terlalu awal (selepas Subuh) @ terlalu lewat (diakhir waktu sebelum Zohor), jangan pula ada yang mengatakan amalan itu bersalahan pula dengan agama. Kebiasaannya Solat Sunat ini dilaksanakan pada jam 8 - 10 pagi di Malaysia.

Bagi hukum untuk mengerjakan Solat Sunat ini pula ialah Sunat Muakkad (Solat Sunat yang sangat dituntut) bagi lelaki dan perempuan, sama ada yang bermukim mahupun musafir..

Takbir Hari Raya AidilAdha disunatkan mulai Malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah )..

Sebaiknya pada pagi Hari Raya ini setelah melaksanakan Solat Fardhu Subuh maka amalkanlah amalan sunat ini iaitu Mandi Sunat Hari Raya.

Setelah tiba di masjid, jangan lupa untuk meneruskan amalan sunat seterusnya iaitu Solat Sunat Tahiyyatul Masjid. Seterusnya, bertakbirlah secara berjamaah di dalam masjid dengan diketuai oleh imam..

Berikut merupakan Kaifiyat atau Kaedah Melaksanakan Solat Sunat Aidiladha yang hampir sama sahaja dengna Solat Sunat Aidilfitri yang disambut baru-baru ini :-


(1) Niat solat:



Lafaz niat. " Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" ( untuk solat seorang diri ).

" Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" ( jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat, sebelum takbiratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca Doa Iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.



(4) Membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-A'la (boleh digantikan dengan Surah lain yang mampu dibaca).

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ghasyiyah (boleh digantikan dengan Surah lain yang mampu dibaca).

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa.



(11) Berdoa

Setelah selesai Solat Sunat, hendaklah sama-sama duduk mendengar khutbah yang dibacakan oleh Khatib. Pada khutbah yang pertama, khatib bertakbir sebanyak 9 kali dan pada khutbah kedua khatib akan bertakbir sebanyak 7 kali..

Alhamdulillah selesai.. setelah itu kebiasaannya masyarakat Islam di Malaysia akan melaksanakan Ibadah Qurban sama ada lembu, kambing mahupun kerbau.. Bagi masjid di tempat mua'llim tinggal insyaAllah ada 3 ekor lembu yang bakal disembelih..jadi sama-sama cuba ambil peranan walaupun tidak dapat bersama-sama melapah daging korban sekurang-kurangnya hadir ke tempat melapah untuk melihat ibadah ini dilaksanakan sambil bertakbir dan bertahmid membesarkan Allah pada hari yang Mulia ini..

InsyaAllah.. :)





p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.. 
Hayati Sirah Nabi, Ikut Sunah Nabi , Tanda kita sayang Nabi..

Berkorbanlah Demi ISLAM..