Sabtu, 16 April 2011

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah setelah lama menyepi blog ni, masanya hadir kini dalam usaha untuk terus menjadikan blog ni sebagai salah satu daripada medan dakwah dan diharap terutamanya diri ini seterusnya insan yang menjadikan pengisian blog ini sebagai rujukan di alam maya mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya.. Walaupun diri ini sebenarnya tidaklah sehebat mana seperti penulis blog yang ramai follower @ yang sering dikunjungi tetapi atas rasa sedikit tanggungjawab atas diri ini yang tahu menggunakan medium ini sebagai dakwah maka insyaAllah dengan sedikit ilmu yang ada ini akan dikongsikan bersama-sama..


Dalam kesempatan ini, insyaAllah saya akan berkongsi tentang beberapa adab yang digariskan oleh Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali Rahimahullah tentang adab belajar.. Semoga dengan sedikit ilmu ini dapatlah diaplikasi dan diabadikan dalam kehidupan kita..


Menurut Imam Ghazali terdapat 20 adab belajaryang digariskan oleh beliau iaitu:


Gambar Hiasan
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan mengikut jantina yang dibenarkan oleh syara'. Bagi saya, perkara pertama ini sangat penting dalam usaha untuk memberi penghormatan yang tinggi kepada guru yang sudah pasti banyak memberikan tunjuk ajar dan ilmu kepada kita. Bagi pelajar sekolah rendah, adalah sesuatu yang amat baik sekiranya guru teruskan amalan bersalaman dengan mereka dalam usaha untuk merapatkan hubungan guru dan murid di sekolah seterusnya mewujudkan suasana yang 'sporting', harmoni dan menyeronokkan.

2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Hal ni juga tak kurang pentingnya sebab kalau murid je yang banyak bercakap daripada guru.. Siapa yang nak dengar kalau dua-dua pihak bercakap?.. Alamatnya gagallah suatu yang dinamakan "komunikasi". Check maksud komunikasi?.. sini-sini..


3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. "Cikgu..cikgu.. bla..bla..bla..bla..".. "Ada saya tanya tak?.. so tak boleh ke kalau angkat tangan kalau nak tanya??..kan lebih sopan.. :) lepas tu kalau guru bagi peluang barulah bercakap.. tapi yang banyak berlaku sekarang ni,apabila guru tanya apa yang dibualkan..terus senyap.. hurm..


4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.


5. Jangan menyangkal kata-kata guru.


6. Jangan mengumpat pelajar lain.


7. Jangan berbisik di hadapan guru.


8. Jangan berpaling kiri dan kanan.


9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.


10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).

Berdiri apabila guru tanya ye..

11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.


12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.


13. Jangan duduk tempat guru.


14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.


15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.


16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.


17. Muliakan anak-anak guru.


18. Selalu berhubung dengan guru.


19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.


20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu. 


Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid tanpa mengira usia kerana selagi ada murid maka adalah guru...


Semoga mendapat pengajaran..  
Wallahua'lam..


Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-